Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/17

Resepi Nasi Goreng Halia Sedap Dan Menyihatkan

Resepi Nasi Goreng Halia Sedap Dan Menyihatkan. Ada banyak versi nasi goreng yang boleh dihasilkan jika anda suka mencuba. Nasi goreng yang terkenal adalah nasi goreng kampung, nasi goreng ayam, nasi goreng seafood, nasi goreng cina dan banyak lagi. Suka hati nak letak nama nasi goreng itu, yang penting sedap.

Saya nak kongsikan kat bawah ni resepi nasi goreng halia dimana halia letak lebih untuk naikkan bau dan rasanya. Rasa halia yang segar dan sedikit pedas menjadikan nasi goreng anda sangat istimewa. Jika guna halia, biasanya saya tidak kisar.. saya tumbuk saja supaya halia dari halia tidak berlebihan keluar.

Tak pernah cuba nasi goreng halia? Apa salahnya anda cuba resepi yang saya kongsikan.

Resepi Nasi Goreng Halia Sedap Dan Menyihatkan


Resepi Nasi Goreng Halia Sedap Dan Menyihatkan

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk - nasi semalam pun boleh
1 mangkuk kecil isi ayam atau daging - dihiris nipis
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
10 tangkai cili padi - dikisar
1 biji telur - pilihan
Garam dan gula secukupnya
1 mangkuk sawi

Cara menyediakan nasi goreng halia sedap dan menyihatkan


1. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk  atau dikisar tadi sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam atau daging dan biarkan masak seketika. Masukkan garam dan perisa, jika suka

3. Pecahkan telur dan gaul rata.

4. Masukkan nasi dan gaul rata hingga semua bahan tumisan sebati dengan nasi.

5. Masukkan sayur sawi.

6. Siap untuk dihidangkan.

Siap sudah nasi goreng halia yang saya kongsikan resepinya dengan anda semua. Nasi goreng halia ni sedap dan saya suka rasanya yang agak istimewa. Ada rasa herba sikit tapi tidaklah terlalu kuat..

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.