Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/06

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai. Saya rasa ada juga saya share resepi ayam masak paprik sebelum ni tetapi kali ini saya kongsi ayam masak paprik yang ala Thai. Ayam masak paprik jadi kegemaran anak saya kerana rasanya yang sedap dan hirisan daging ayam dipotong kecil mudah nak dimakan. Nampak pemalas sikecil ni... hihi

Biasanya kami akan order set makan yang ada ayam masak paprik. Senang sekali jalan. Kadang-kadang ada juga sotong masak paprik ala Thai. Ikut mood. Paprik ni asal perkataan Thai yang bermaksud masakan bercili. Lebih kurang gitu lah... tapi ada cara masaknya, bahan utama dihiris nipis dan kecil-kecil. Daun limau purut jangan tinggal. Hihi..

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai


Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

Bahan potong kecil:

2 keping isi ayam (bahagian dada)
1 batang carrot
100 gm brokoli
200 gm cauliflower
50 gm capsicum hijau/merah
1 labu bawang besar (di hiris)

Bahan sos

3 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
6 helai daun limau purut
1 batang serai (di ketuk)
3 sudu besar lemon jus
5 biji cili api (di ketuk)
3 ulas bawang putih (di ketuk)
1/2 cawan air
5 sudu besar minyak utk menumis

Cara-Cara masak ayam masak paprik ala Thai

Resepi Ayam Masak Paprik Ala Thai

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai sehingga wangi.

2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan cili padi yang di ketuk.

3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili dan sos tiram. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan sayur brokoli, cauliflower, capsicum dan bawang besar.

4. Bila mendidih masukkan daun limau purut dan kacau.

5. Masukkan lemon jus, sekiranya rasa dah ok, matikan api dan angkat.

6. Hidangkan dengan nasi putih.

Sekian lah perkongsian resepi ayam masak paprik ala Thai yang sedap sangat. Kalau nak pedas lebih kan cili padi. Makan dengan nasi putih pun cukup, tak perlu sayur yang berbagai-bagai. Kalau ikutkan bahan-bahan masak ayam paprik ala Thai ni, ada persamaan dengan tomyam. Kan? Bezanya tomyam tak guna sos, dia guna pes tomyam.

Baiklah.. selamat mencuba.

Boleh klik pada banner di bawah untuk cari buku resepi >>>>>

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.