Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/14

Kenapa Trafik Blog Merundum Bermusim?

Kenapa Trafik Blog Merundum Bermusim? Tak tahu nak kata apa bila minggu ini blog saya trafik jatuh merundum. Dari 35k setiap hari pada minggu lepas turun kepada 27k - 29k pada minggu ini. Tak apa lah. Kena cari penyelesaiannya. Yang lepas biarkan. Kita cari solusi. Apa sebabnya?

Pada fikiran saya, trafik blog merundum mungkin kerana tiada artikel hot yang boleh "boost" minat pembaca. Apakan daya, blog ini hanyalah sebuah blog inspirasi.. yang menulis apa adanya. Ada sedikit resepi, ada motivasi, ada tazkirah. Hmmm.. kurang umph! Kot...

Mungkin juga template blog dah basi. Nak kena tukar? Nanti saya fikir dan pertimbangkan.

Trafik blog merundum mungkin minat dan trend pembaca lebih suka tengok youtube atau vlog? Ada kebenarannya..


Kenapa Trafik Blog Merundum Bermusim?


Kenapa Trafik Blog Merundum Bermusim?

Ada sebabnya kenapa trafik blog merundum.

Bermusim pulak tu.

Ada blog terima trafik yang tinggi pada musim perayaan, contohnya blog saya. Sebab ramai orang cari resepi dan petua.

Ada blog yang trafiknya mencanak hujung minggu bila ada game bolasepak. Ini biasanya blog yang buat entri pasal live streaming perlawanan pasukan JDT dan pasukan Perak, contohnya.

Ada pula blog yang trafiknya mencanak naik sebab ada AF Megastar sebab dia buat tiap minggu. Maka, setiap kali ada AF Megastar.. trafik naik deras.

Kemudian..

Semua turun merosot macam tak nak naik-naik lagi. Peninglah macam ni, blogger otai pun tak boleh nak kata apa. Redha.. dah itu trend pembaca blog. Nak buat apa lagi?

Kenapa Trafik Blog Merundum Bermusim?

Ada yang kata buat blog informasi. Pasti trafik cantik sepanjang musim. Tapi itu semua pun kena ada strategi, kena ada fan base yang besar. Kena ada follower yang ramai. Yang setia. Barulah trafik datang macam air yang mengalir.

Ada blogger lain pula cadangkan buat blog hiburan. Kerana pembaca blog dan hiburan saling memerlukan. Sebagai satu escapism dari tekanan kerja. Entah betul atau tidak. Tak pasti.

Blog berita bagus juga. Tak perlu jadi wartawan akhbar ternama. Copy paste pun boleh. Letak kredit kat hujung ayat. Pun boleh dapat trafik stabil setiap hari.

Yang pasti.. trafik naik atau turun, samada bermusim atau setiap masa maintain.. bergantung kepada yang memberikan rezeki. Iaitu Tuhan Pemberi Rezeki.

Tugas blogger.. tulislah apa saja. Yang penting meninggalkan manfaat. Ya tak?

Jangan tension sangat bila trafik blog tak naik-naik macam blog saya. Minggu lepas cantik lebih 35K sehari. Minggu ini cuma dapat capai 28K sehari. Begitulah peraturannya.

Putaran dunia blog.

Ini petanda saya kena usaha lagi. Cari faktor x yang boleh buat pembaca cari blog kita tak kira masa. Mesti ada jalannya. Mesti ada rahsianya yang kena gali.

Insyaa Allah. Jangan risau kalau trafik blog merundum. Setiap orang ada gilirannya. Tunggu masanya.

Terima kasih.

4 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.