Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/03

Hari Ini Suatu Hari Yang Sunyi Sepi

Hari Ini Hari Yang Sunyi Sepi. Pernah tak anda sepi dan sunyi dalam hidup di mana tak ada pun hiruk pikuk bunyi kenderaan kereta bas lalu lalang padahal hari tersebut adalah hari biasa. Hari di mana semua aktiviti sepatutnya berjalan seperti hari-hari yang lain. Pelik kan.. sebab waktu persekolahan biasa tapi tak dengar bunyi bas sekolah lalu. Tak ada kereta lalu depan rumah. Dan jiran kiri kanan pun tak ada bunyi pintu gril yang berserak serak bunyinya. Bunyi kucing tak ada, bunyi burung tak ada.

Hari Selasa Yang Sunyi Sepi

Kenapa agaknya? Suasana sangat sunyi dan sepi macam ni memang menghairankan bagi saya. Macam ada malaikat lalu gamaknya? Orang tua-tua kata lah.. sekadar berbasa basi.. mungkin..

Hari Ini Suatu Hari Yang Sunyi Sepi


Dari rumah dah terasa sunyi. Rasa terlalu sepi hari ini. Bukan diri saya tetapi persekitaran saya. Macam tak ada aktiviti yang berlaku. Kemana semua hiruk pikuk harian yang menjadi hiburan telingaku? Entahlah.. mungkin pendengaran saya yang dah tak berapa bagus?

Sampai di tempat kerja tepat pukul 8.30 pagi. Saya tengok hanya seorang saja rakan sekerja yang dah sampai. Bila saya masuk ke pejabat, dia pun senyap. Tak ada morning greeting seperti selalu. Tak ada sapaan biasa yang diberikan. Adakah hari ini adalah hari sunyi sepi sedunia?

Entahlah.

Terkadang ada waktunya kita mengalami suasana dan situasi seperti itu. Ia datang tanpa diundang. Ia seperti satu halusinasi. Macam kita tidak berada di alam nyata. Tetapi mengapa ini terjadi?

Adakah ia mimpi di siang hari?
Adakah ini semua sebuah hadiah ketenangan yang hadir di saat kita perlu.
Apakah ini tanda natijah, atau hikmah yang Allah nak bagi? Tanpa kita sedari?

Hari Selasa Yang Sunyi Sepi


Dalam kehidupan ada natijah yang hadir dalam keadaan kita bergembira. Dalam kehidupan ada hikmah yang Allah beri di saat kita berduka. Sebuah kesunyian ini mungkin Allah hadirkan untuk kita bertafakur merenung diri. Apa yang belum kita laksanakan hari ini?

Itulah gambarannya. Itulah falsafah hidup yang mesti kita pegang. Bahawa Allab berkehendak atas sesuatu. Dia Maha Berkuasa. Dialah yang memegang alam ini.

Jadi, rasa dan nikmat Allah yang manakah yang hendak didustakan?

Kesunyian adalah sebuah pengajaran bahawa kita pun akan berseorangan di akhir kehidupan nanti. Entah apa gambarnya. Kita sendiri pun tak terfikirkan...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.