Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/03

Cara Dapatkan Mood Bekerja Pada Hari Isnin

Cara Dapatkan Mood Bekerja Pada Hari Isnin. Kenapa saya tulis entry tentang hari Isnin atau sesetengah orang luar menggelar Monday Blues. Isnin dan Monday blue ada kaitan. Kononnya? Ada sesetengah negeri mula minggu bekerja pada hari Ahad. Ada negeri yang hari bekerja bermula pada hari Isnin. So, artikel ini ikut kesesuaian yang mengalaminya..

Monday blues dikaitkan dengan rasa mamai, tak ada mood bekerja, jiwa masih diawangan kerana semalam seharian berehat. Rasa malas semalam terbawa-bawa kepada hari Isnin. Maka timbullah ungkapan Monday Blues. Rasa malas, tak ada mood, rasa sedih, mengantuk dan sebagainya bukan saja di alami oleh pekerja tetapi juga pelajar, surirumah dan sebagainya.

Cara Dapatkan Mood Bekerja Pada Hari Isnin

So, bagaimana nak menyingkirkan rasa Monday Blues dari fikiran dan minda? Apakah cara santai yang boleh dilakukan untuk membuang amalan rasa tak seronok bekerja pada hari Isnin itu?

Sebagai saudara muslim, saya seronok nak kongsikan dengan anda semua satu doa yang saya baca setiap pagi yang sekaligus dengannya kita rasa seronok menghadapi hari-hari yang dilalui.

Ya Allah, semoga hari ini aku memperoleh ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amalan yang diterima. Lebih bagus dibaca ketika sebaik bangun tidur selepas baca doa bangun tidur. Baca selepas solat subuh lagi baik. Adapun isinya sangat luar biasa. Berisi arahan seorang muslim dalam mengisi harinya. Agar tidak lepas dari mencari ilmu yang manfaat, rezeki yang halal, dan amal soleh yang diterima.

Cara Dapatkan Mood Bekerja Pada Hari Isnin


Ada beberapa cara santai yang anda boleh lakukan untuk dapat balik momentum atau mood bekerja pada hari pertama setiap minggu..

1. Breakfast makanan kegemaran anda

Nak dapatkan mood bekerja dan ceria di hari Isnin? Cuba makan sarapan yang anda suka. Kalau suka nasi lemak ayam, cuba ambil menu tersebut. Mungkin ia boleh dijadikan sumber tenaga ceria pada hari Isnin setelah berehat semalam. Kalau anda suka lontong, ambil aje.. usah fikir diet yang terbang entah ke mana.. sesekali ambil makanan berlemak, apa salahnya kalau itu boleh buat anda segar dan gembira.

2. Niat bekerja untuk bantu diri sendiri dan keluarga

Kalau rasa malas tu menjelma, macam tak produktif je.. fikirlah ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak yang kita tanggung. Letakkan rasa tanggungjawab tu dengan ikhlas. Bayangkan wajah mereka satu persatu. Insyaa Allah mood bekerja anda terus melonjak.

3. Pejabat adalah taman permainan orang dewasa

Anggaplah pejabat tempat permainan anda. Tempat anda bersantai dan melakukan aktiviti yang anda suka. Anggaplah tugasan dan kerja di pejabat tempat yang menyeronokkan, seumpama anda berkumpul bersama ahli keluarga yang besar, sedang buat family day. Siapkan tugasan dengan gembira.

4. Mulakan pagi anda dengan gurauan

Setelah berdoa, bersarapan dan niat bekerja dengan ikhlas, maka anda boleh mulakan pagi Isnin anda dengan gurauan dengan rakan sekerja. Cerita santai yang bukan bergosip, bergurau macam family dan jaga adab bergurau. Jangan menyentuh sensitiviti orang lain ketika bergurau. Takut nanti niat baik jadi sebaliknya. Jaga hati orang lain jika hendak orang lain hormatkan kita pula.

5. Bekerja kerana Allah dan amanah 

Seseorang yang tahu tanggungjawab seorang hamba kepada TuhanNya akan sentiasa berfikir positif dalam melakukan amanah yang diserahkan. Pasang niat dari rumah bahawa anda bekerja kerana Allah dan akan melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin. Bekerja kerana mencari rezeki yang halal dan memperbaiki tahap hidup lebih sempurna. Semoga dengan itu, kita tidak ada masa untuk rasa " Monday blues" yang sering diviralkan oleh mat saleh.

Sikap kita dan semangat kita.. kita yang rasa dan tentukan. Buat apa ikut perasaan malas yang diagungkan oleh orang lain. Cara kita, kita yang pilih. Sentiasa bersikap positif dan senyum selalu. Anda akan menjadi seseorang yang berbeza jika anda fikir demikian. Salah satu beza anda dengan orang lain adalah anda fikir positif tentang hari Isnin.

Dalam Islam sendiri pun tak ada hari yang tak baik, apatah lagi yang digelar Monday Blues!

Selamat bekerja ya..

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.