Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/28

Buah Limau Dan Epal Mana Lebih Bagus Untuk Diet

Buah Limau Dan Epal Mana Lebih Bagus Untuk Diet. Kebelakangan ini saya nampak banyak pengguna FB yang menuliskan di wall mereka tentang pemakanan sihat dan seimbang. Ada pelbagai cadangan menu makanan dan buah-buahan yang boleh diambil ketika diet. Dan, dalam banyaknya menu yang dicadangkan, saya perasan ada dua jenis buah yang jadi kegemaran iaitu buah oren atau limau dan buah epal. Antara kedua-dua buah tersebut, mana yang lebih bagus diambil ketika mengamalkan program diet? Adakah buah oren atau buah epal? Saya tak kisah jika terpaksa ambil salah satu buah tersebut kerana saya memang penggemar epal dan oren. Nak ambil keduanya sekali pun boleh.. hihi, yang penting saya istiqamah dalam menjalani displin diet tersebut. Nak diet sihat pun tak boleh sebarangan makan ya kekawan.. kena ada panduan dan ilmu. Nanti lain pula jadinya.

Buah oren dan epal memang diketahui ramai banyak khasiatnya. Keduanya mudah dicari tetapi boleh tahan mahal juga harganya. Tetapi jika anda mahukan kesihatan yang maksima.. cuba sediakan sedikit bajet untuk membeli makanan anda. Jangan berputus asa untuk diet ya..

Buah Limau Dan Epal Mana Lebih Bagus Untuk Diet


Mari kita lihat khasiat kedua-dua buah tersebut, mana yang lebih bermanfaat kepada tubuh kita dalam program diet sihat yang seimbang.


Buah Limau Dan Epal Mana Lebih Bagus Untuk Diet

Khasiat buah limau atau oren


1. Buah oren mengandungi vitamin C yang membantu membentuk kolagen yang baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang.. dan juga, vitamin C membantu proses penyembuhan luka dengan cepat.

2. Baik untuk kesihatan jantung

3. Juga untuk penglihatan serta mengurangkan risiko penyakit kanser

4. Ia juga memiliki kelebihan sebagai antioksidan

5. Membantu mengawal tekanan darah

6. Mengurangkan risiko penyakit strok di kalangan wanita serta membantu perkembangan otak janin

Buah oren mengandungi karbohidrat dalam bentuk fruktosa, glukosa dan sukrosa dan serat dalam karbohidrat melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan dan penyerapan khasiat makanan.

Daripada senarai khasiat buah oren, ia juga bagus untuk kulit, glukos dan sukros serta serat dalam karbohidrat, ia melambatkan proses lapar. Hmm... bagus juga untuk diet.. masukkan dalam senarai diet sihat anda.

Khasiat buah epal


1. Amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti peparu dan menenangkan fikiran.

2. Membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas.

3. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

4. Melindungi sendi tulang.

5. Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau).

6. Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan.

7. Meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir.

8. Anti-kolestrol. Membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.

9. Selepas makan makanan segera, elok amalkan makan epal supaya dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dalam badan

Daripada senarai di atas, ternyata buah epal mengandungi khasiat khusus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan, maknanya.. ia bagus di ambil dalam menu diet sihat anda.

Namun begitu, anda ambil epal atau oren, ia tetap meninggalkan kesan yang baik kepada tubuh. Bagus diambil setiap hari. Anda boleh pilih salah satu sebagai menu sampingan dalam program diet anda. Kedua-duanya bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.