Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/18

Bonanza Toyota 1 Juta Tawarkan 3 Unit Toyota Camry Hybrid 2.5

Bonanza Toyota 1 Juta Mesti Dimenangi!! Siapa yang tidak mahu jika melihat hadiah yang ditawarkan begitu besar jumlahnya. Jangan tak join, mana tahu ada dapat sebiji kereta Camry iaitu kereta idaman anda setelah anda menyertai bonanza Toyota ini. Bila baca tawaran bonanza ni, teringat dengan seorang kawan yang dream car dia adalah Toyota Camry. Tapi belum ada rezeki..

Saya ada juga sebiji Toyota, sejenis MPV dan dah pakai dekat 9 tahun. Memang bagus kereta toyota ni, selain jimat minyak, ruang kawasan dalam kereta pun luas dan kemas. Naik pun selesa samada perjalanan jauh atau dekat. Tentu anda pun ada impian tersendiri, mungkin impian anda adalah nak menang hadiah Toyota Camry Hybrid 2.5 dari bonanza yang sedang berlangsung tersebut? Semoga berjaya..

Bonanza Toyota 1 Juta Tawarkan 3 Unit Toyota Camry Hybrid 2.5 


Bermula 1 Oktober, hingga 31 Disember ini, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menawarkan peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah yang bernilai sehingga RM1 juta melalui promosi ‘Bonanza RM1,000,000 Toyota’. Antara hadiah yang akan diberikan adalah termasuk tiga unit Toyota Camry Hybrid 2.5 sebagai hadiah utama dan 100 unit telefon pintar yang harganya RM5,000 sebuah.

Bonanza Toyota 1 Juta Tawarkan 3 Unit Toyota Camry Hybrid 2.5

Namun begitu promosi bulan Oktober masih berjalan seperti biasa. Jika mahu melihat lebih dekat semua model ini, anda boleh terus ke pusat pameran Toyota, di mana ia akan mengadakan sesi hujung minggu. Setiap model Toyota datang dengan jaminan lima tahun tanpa had batuan, kecual Hilux, dengan had paling tinggi 150,000 km.

Bonanza Toyota 1 Juta Tawarkan 3 Unit Toyota Camry Hybrid 2.5 

Anda boleh kunjungi pusat jualan Toyota di seluruh negara untuk dapatkan promosi yang ditawarkan dan juga sekaligus memenangi ganjaran Bonanza 1 Juta di Toyota!

Bonanza Toyota 1 Juta Tawarkan 3 Unit Toyota Camry Hybrid 2.5

Diulangi, hadiah bernilai RM1 juta itu termasuk tiga Toyota Camry 2.5 Hybrid sebagai Hadiah Utama dan 100 unit telefon pintar bernilai RM5,000 setiap satu. Tak dapat kereta pun tak apa, dapat smart phone yang dia orang offer tu pun dah besar... hihi

Selain itu, tawaran aksesori Toyota bernilai sehingga RM5,790 dan servis berkala percuma sehingga tiga tahun bagi model terpilih.

Syarat-Syarat Penyertaan Toyota RM1,000,000 Bonanza


Peraduan terbuka kepada

(i) semua individu 
(ii) berumur 18 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu yang sah
(iii) pemegang kad pengenalan Malaysia
(iv) wakilnya atau pemegang pas pekerja di Malaysia yang sah.

2. Peraduan tidak dibuka kepada ahli atau pekerja atau keluarga terdekat, pengiklan, agen-agennya, atau pihak yang terlibat secara langsung dengan penganjur.

3. Peraduan dibuka kepada individu sahaja yang menempah sebarang jenis model kereta Toyota (kecuali Hiace) dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2017.

Selamat mencuba. Mana tahu ada rezeki berganda buat anda. Mungkin beli Toyota Vios boleh menang Toyota Camry Hybrid 2.5.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.