Header Ads

  • Breaking News

    Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mujib

    Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Mujib. Al- Mujib maksudnya Maha Pemakbul, iaitu mengabulkan setiap doa dan permintaan hambanya. Bila berdoa dengan Ya Allah! Ya Mujib, wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa, perkenanlah segala permintaan kami, janganlah Dikau biarkan tangan-tangan yang menadah ini dalam keadaan kosong dan sia-sia, kasihanilah kami, cukupkanlah segala keperluan kami, jauhkan kami daripada keterpaksaan meminta dan mengemis, hanya kepada-Mulah tempat kami meminta. - Insyaa Allah, doa kita akan dimakbulkan.

    Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi.

    Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

    Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

    Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al Mujib

    Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)

    “Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

    Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

    Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Mujib


    1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

    Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Raqiib
    2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


    Yaa Mujiib = 55 kali


    Ertinya : Maha Pemakbul / Maha Memperkenankan

    a) Amalkan zikir ini sebanyak 55 kali sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.

    b) Apabila ‘Ya Mujiib’ dibaca sebanyak 7 kali di permulaan doa pada setiap kali selesai solat lima waktu, InsyaAllah doa yang dimohonnya akan dikabulkan oleh Allah SWT.

    Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.


    3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

    Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al mujib


    4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

    Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

    Semoga bermanfaat.

    Rujukan:

    1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

    2. Shafiqolbu.wordpress.com 

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad