Header Ads

  • Breaking News

    Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar

    Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar? Waduuh.. panjangnya tajuk entri kali ini. Tetapi entri yang panjang bagus juga untuk SEO tapi kadangkala ia memudaratkan juga. Bergantung pada nasib dan rezeki. Saya buat tajuk entri panjang-panjang pun ada ketika tak lekat kat first page pun.. hihi

    Kenapa kena tukar template? Ya.. sebagai blogger, blog anda adalah brand anda. Blog anda adalah rumah anda. Apa perasaan anda bila rumah anda lama tidak bertukar cat, tak tukar langsir.. dan tak kemas? Mestilah rasa semak, kan? Orang nak singgah pun fikir banyak kali. So, begitulah contohnya.. jaga brand anda. Setiasa kemas dan up to date! Barulah ramai orang nak singgah.

    Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar
    Contoh template dari Goyaabi Templates

    Contoh template blog yang baik? Sebenarnya ada banyak sumber yang memberikan template blog secara percuma dan terbaik seperti Arlina Design, Sora Templates, Kang Mousir (terkenal kerana SEO), Btemplates, Goyaabi Templates dan banyak lagi. Blogger.com sendiri ada menyediakan template kepada pengguna medium blogspotnya. Pilih je yang mana suka.. tetapi buatlah pilihan dengan betul.


    Berapa Lama Kena Tukar Template Blog Agar Sentiasa Nampak Segar


    Jika ditanya, saya akan katakan secara puratanya adalah 3 bulan. Bagi saya 3 bulan sudah cukup untuk kita menganalisa performance sesuatu template. Template blog yang kemas, bersih dan SEO friendly memang sentiasa jadi piilhan blogger.

    Oleh kerana trend masakini adalah blog dibaca atau diakses menggunakan smartphone, maka template blog MESTI bersifat responsive agar mudah dibaca. Ada banyak template percuma yang boleh digayakan oleh blogger agar blog sentiasa mendapat trafik yang tinggi.

    Jika anda berdegil menggunakan template blog yang tidak responsive, anda akan ketinggalan peluang mendapat income dari pengguna smartphone. So.. tukarlah kepada template yang responsive.

    Alang-alang berblog.. marilah sama-sama jana income.. 

    Oh ya.. anda tak semestinya kena tukar template jika ia sudah cukup bagus dan menepati kriteria SEO friendly. Jika sesebuah template boleh memberikan anda trafik, income dan berada di muka pertama hingga ketiga carian Google, maka bertahanlah dengan template tersebut.

    Namun bagi saya, jika sesuatu template itu tak perform, saya akan tukar secepat mungkin. Tak nak buang masa. Kerana jika anda tahu manfaat blog yang memberi income, anda akan segera bertindak memperbaiki kelemahan blog anda.

    Selamat berblog.

    4 comments:

    1. Setuju..kalau nak tukar template biasanya PC kena betul-betul lapang supaya boleh fokus...terima kasih perkongsian ini.

      ReplyDelete
    2. tak berkesempatan nk generate income with blog...tp ada la rezeki dgn blog..

      ReplyDelete
    3. saya pun dalam proses nak tukar template..lama dah tak berwajah baru..hehe

      ReplyDelete
    4. Betul tu, 3 bulan adalah masa yang terbaik untuk uji performance theme template yang dipilih & menyesuaikan diri dengannya .

      Kalau OK, boleh ambik masa bertahun guna, bergantung kepada perubahan teknologi seperti mobile friendly & SEO. Setakat ni dalam tempoh 3 tahun berblogging, baru 2 kali tukar theme.

      ReplyDelete

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad