Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/10/01

Beli Metal Ring Case Cover Untuk Samsung Galaxy A9 Pro Di Lazada

Beli Metal Ring Case Cover Untuk Samsung Galaxy A9 Pro Di Lazada. Saya ada 3 biji handphone yang saya guna untuk pelbagai urusan iaitu peribadi, kerjaya dan juga blog. Setiap handphone ada fungsi masing-masing. So, saya akan tahu telefon mana yang perlu dibawa bila tidak bekerja, dan telefon mana yang atas urusan keluarga sahaja. Jadi, setiap call yang datang ke phone peribadi saya akan diutamakan kerana ia melibatkan hal ehwal keluarga, adik beradik dan sahabat handai terdekat. Saya tidak akan berikan nombor telefon peribadi kepada sebarangan orang.

Untuk phone berblog, saya khaskan untuk guna Samsung Galaxy A9 Pro, dimana saya beli pun guna duit dari Adsense. Alhamdulillah. Ada hasilnya..

Bila nak menaip, susah pula bila nak diletakkan atas meja kerana bentuk belakang Samsung A9 Pro yang rata. Itu sebabnya saya kena cari alat yang boleh tinggikan sikit permukaan phone bila di letak atas meja. Mudah nak menaip.

Jalan-jalan kat Google, terjumpa macam-macam bentuk, tapi saya tertarik dengan Lazada punya yang agak murah harganya dan saya suka warna merahnya. Haha.. maka saya beli Metal Ring Case Cover Untuk Samsung Galaxy A9 Pro ini di Lazada Malaysia.

Beli Metal Ring Case Cover Untuk Samsung Galaxy A9 Pro Di Lazada


Beli Metal Ring Case Cover Untuk Samsung Galaxy A9 Pro Di Lazada

Phone Cover yang saya beli dari Lazada. Murah aje, harganya yang asal RM50, tapi ada potongan 50%. Jadi saya hanya perlu bayar RM25 sahaja dan pos percuma. Cara bayaran guna online banking. Settle.

Beli Metal Ring Case Cover Untuk Samsung Galaxy A9 Pro Di Lazada

Print screen order confirmation dari pihak Lazada.

Membeli belah secara online tak ada salahnya. Kena ada rasa percaya dan yakin dengan servis dia orang. Jika tidak, anda ada pilihan window shopping di mana-mana yang anda suka. Terpulang pada pilihan masing-masing.

Saya telah beberapa kali menggunakan perkhidmatan shopping online di Lazada antaranya 2 kali beli handphone bernilai RM579 setiap satu, pernah beli beg, pernah beli blouse dan banyak lagi. Dan, saya masih tiada masalah dengan Lazada. Semuanya dapat seperti apa yang saya order.

Lain orang lain pengalamannya. Apa pun, selamat membeli belah online. Jika anda tak selesa atau kurang percaya dengan perkhidmatan shopping online, anda lebih baik berurusan secara offline.

Bye!!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.