Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/24

Wanita Letak Gambar Tidak Menutup Aurat Di Media Sosial? Apa Hukumnya?

Hukum Wanita Tidak Menutup Aurat Di Media Sosial. Tulisan saya kali ini agak sensitif sikit tetapi apalah bakti saya jika saya tak dapat menyampaikan kepada kaum hawa, kaum sejenis saya yang masih belum tahu akan hukumnya meletak gambar yang terdedah di media sosial. Bukan niat menunjuk tetapi kita sama-sama melalui proses pembelajaran hingga berjaya menjadi wanita muslim yang sebenar.

Seorang perempuan yang mendedahkan aurat di mana sekalipun samada dalam kehidupan sebenar atau sekadar di media sosial adalah HARAM hukumnya.

Minta maaf banyak-banyak jika jawapan di bawah ini tidak menyenangkan anda. Kaum hawa atau wanita ini bukan tak tahu hukum mendedahkan aurat tapi kenapa masih tayang aurat di facebook atau media sosial?

Meh tengok sebab-sebab wanita masih memuat naik gambar terdedah di media sosial:

1.Biar orang melihat bahawa dia ni cantik
2.Ingin menggoda lelaki
3.Suka dilihat seksi
4.Tidak cukup kain
5.Ingin melanggar ajaran agama
6.Jahil (Bodoh .. kurang pendidikan agama)

Hukum Wanita Letak Gambar Tidak Menutup Aurat Di Media Sosial


Wanita Letak Gambar Tidak Menutup Aurat Di Media Sosial? Apa Hukumnya?

Selain daripada persoalan pokok yang semua orang dah tahu, ada lagi yang belum jelas tentang mendedahkan gambar tetapi menutup aurat di media sosial.

1. Apakah hukum perempuan yang meletak gambarnya di facebook walaupun menutup aurat?

Jawapan:

Tutup aurat pun kalau bersolek, edit gambar, buat aksi seksi atau seumpamanya masih tetap HARAM.

2. Hukum meletak gambar artis ataupun kawan yang tidak menutup aurat?

Jawapan:

-HARAM meletakkan gambar yang mendedahkan aurat samada gambar artis ataupun kawan, disebabkan kita juga akan mendapat saham dosa kerana meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat.

3. Hukum "LIKE" gambar kawan-kawan yang mendedahkan aurat?

Jawapan:

-"LIKE" itu maknanya suka.Suka tu ada dua makna,suka melihat gambar dia dan suka melihat dia mendedahkan aurat.Kalau suka dia mendedahkan aurat hukumnya Haram dan jika kita "LIKE" bermakna kita sokong dia,hukumnya tetap HARAM.

Bagi perempuan yang tidak menutupi aurat dengan sempurna dan dalam masa yang sama ayahnya telah meninggal dunia, segerakanlah membuang gambar yang tidak tutup aurat kerana di dalam kubur, ayah anda menanggung segala dosa anda kerana anda tidak menutup aurat dan bagi perempuan yang masih ada ayah, tutuplah aurat dengan sempurna kerana "Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka."

Serba sedikit pendedahan dan ulasan entry di atas adalah sebagai ruang kita memperbaiki diri dan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain agar tanggungjawab kita sesama saudara muslim dapat dilaksanakan.

Menutup aurat bukanlah tanda kita dah cukup sempurna imannya melainkan kita kena tambah ilmu cari amalan yang baik antara manusia dengan manusia dan jaga hubungan kita dengan Allah. Insyaa Allah, kita akan jadi muslimah yang baik. Tak nak ke.. kalau kita dinaikkan darjat di syurga nanti sebagai Ketua Bidadari?

Salam sayang buat anda yang memahami tulisan dan perkongsian ini. Semuanya untuk kita, wanita terbaik.. di dunia hingga akhirat.

1 comment:

  1. Usually I do not read article on blogs, however I would like to say that this write-up very pressured me to
    check out and do it! Your writing taste has been surprised me.

    Thanks, quite great article.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.