Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/11

PV Blog Bulan Ogos 2017 Lebih 1 Juta

PV Blog Bulan Ogos 2017 Cecah 1.006 Juta. Sukanya saya bila melihat laporan blogger.com menunjukkan pageview (PV) blog bagi bulan ini melebihi satu juta. Sekali lagi usaha tanpa jemu telah memberikan hasil yang ditunggu-tunggu setiap bulan. Sebenarnya bukanlah saya nak berbangga sangat dengan PV melebihi 1 juta yang diperolehi. Tetapi tujuan catatan ini sekadar merekodkan pencapaian peribadi saya dalam berblog.

PV bulan ogos 2017 ini saya jadikan kayu pengukur kepada keberkesanan usaha yang saya lakukan kepada blog ini. Dengan usaha dan dapat hasil, kita patut bersyukur. Alhamdulillah..

Kalau anda dah usaha tetapi masih belum berjaya, itu tandanya anda kena berusaha lagi dengan sabar dan berterusan.

PV Blog Bulan Ogos 2017 Cecah 1.006 Juta 


Bagi blog aynorablogs.com, pencapaian memberangsangkan menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus berkongsi dan menyampaikan sebarang kebaikan yang saya suka, tak kisah kalau orang tak suka dan tak baca apa yang saya tulis. At least, dalam kesukaran.. kita kena teruskan jua..

Print screen dari blogger.com untuk rujukan sesiapa yang mahu melihat pencapaian blog picisan ini.

PV Blog Bulan Ogos 2017 Lebih Cecah 1 Juta
Sumber Blogger.com
Apa akan anda lakukan jika blog anda tidak mencapai sasaran yang anda telah buat. Berhenti berblog? Janganlah.. sayang rasanya jika blog telah menghasilkan beratus entri tetapi anda nak biarkan begitu saja.

Jangan mudah berputus asa. Setiap orang yang berjaya ada kegagalan yang pernah ditempuhi. Setiap kepahitan yang dirasai pasti ada kemanisan di hujung jalan. Bangkit teruskan usaha menjadi blogger yang luar biasa, berkongsi kebaikan tanpa jemu.

Ubahsuai blog anda dari segi template, warna blog, cara menghasilkan entri, jujur dan banyak lagi. Inilah intipati yang kena ada pada sesebuah blog untuk mendapat kepercayaan daripada pembaca blog yang berjuta di luar sana.

Selamat berjaya.

4 comments:

  1. PC baru tukar template..dan PC perlu perbaiki yang lain juga.

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing dear... all the best k.. :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.