Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/17

Petua Memasak Hirisan Daging Lebih Lembut Dan Cantik

Petua Memasak Hirisan Daging Lebih Lembut Dan Cantik. Dah lama tak share petua dengan anda semua. Kali ini saya kongsikan petua menghiris daging lebih lembut, hirisan yang halus dan cantik serta daging tidak liat. Kalau makan kat kedai daging liat semacam, itu sebab tak ikut petua orang tua-tua. Main hentam saja... hihi

Petua hirisan daging yang lembut dan halus macam kat hotel ni boleh membantu mudahkan kerja anda di dapur dan jimat masa. Sangat berguna kepada mereka yang berniaga makanan dan perlukan urusan dengan cepat.

Petua Memasak Hirisan Daging Lebih Lembut Dan Cantik

Oh ya.

Dah baca koleksi petua saya yang lain? Anda boleh baca petua lain seperti:


Petua Memasak Hirisan Daging Lebih Lembut Dan Cantik


Tips cara dapatkan hirisan daging yang nipis dan cantik licin semasa memasak. Macam kat hotel.. hihi. Bagi mendapatkan hirisan daging yang cantik seperti hirisan daging salai dan daging tidak kecut bila di masak, anda harus lah rebus ketulan daging dahulu dan kemudian baru hiris nipis-nipis. Kalau daging hiris nipis-nipis dulu sebelum masak, anda takkan dapat hirisan daging yang cantik. Daging tersebut akan kecut apabila di masak.

Lagi satu, kalau nak dapat daging yang cepat empuk, dan lembut dimakan.. mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut.

Kalau potong atau hiris daging ikut urat, daging akan jadi liat dan kena kunyah dekat sejam jawabnya.. (gurau je..)

Dah dapat kan petua cara dapatkan hirisan daging yang cantik dan halus. Boleh share dengan rakan-rakan anda yang suka memasak daging.

Harap petua ini berguna kepada anda semua. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.