Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/27

Mengapa Saya Sambung Master Setelah Bertahun Meninggalkan Universiti

Mengapa Saya Sambung Master Setelah Bertahun Meninggalkan Universiti. Master atau Ijazah Sarjana merupakan tahap pendidikan ke dua tertinggi setelah PhD. Kebiasaannya, pelajar yang mengambil master akan terus buat PhD demi kelangsungan tugas hakiki mereka terutamanya kerjaya sebagai pensyarah.

Manakala bagi mereka yang bekerja dalam bidang tertentu seperti pengurusan, perniagaan, kejuruteraan dan banyak lagi.. menyambung Master merupakan satu kepuasan peribadi dan pencapaian tersendiri. Kebanyakan mereka yang menyambung Master seperti MBA, MIM, MIB dan banyak lagi melakukannya demi lonjakan kerjaya dalam organisasi masing-masing.

Jika anda nak sambung Master secara separuh masa, anda mungkin boleh melakukannya di UTM, UKM, UUM dan banyak lagi. Yang penting buat kajian dan rujukan kepada sumber yang betul sebelum membuat pilihan kursus yang mahu diambil.

Mengapa Saya Sambung Master Setelah Bertahun Meninggalkan Universiti
Tempat saya belajr MBA selama 2 tahun


Mengapa Saya Sambung Master Setelah Bertahun Meninggalkan Universiti


Ketika saya menyambung Master setelah bertahun meninggalkan universiti, saya tidak mendapat sokongan daripada sesiapa. Saya sengaja mengambil MBA demi mencabar keupayaan diri agar saya mengenal potensi diri yang sebenar lebih-lebih lagi dalam keadaan kerja yang berlambak di syarikat saya bekerja.

Jadi, dari situ saya belajar mengurus masa untuk kerjaya, keluarga dan pelajaran. Walau MBA tidak lah sesukar course lain, mungkin.. tetapi saya tak boleh lepas tangan dengan ambil mudah perkara tersebut.

Ada ketikanya saya terpaksa tidur awal dan bangun semula pukul 2 pagi kerana mengejar deadline menghantar assignment. Ada banyak presentation yang kena buat dan ia tak boleh sekadar tangkap muat. So, struggle for the best, everytime.

Nasib baik saya mendapat pasangan yang sangat membantu, menjaga anak kami yang masih kecil, memberi ruang kepada saya buat discussion dengan rakan-rakan dan ada ketika menghadiri acara keluarga tanpa saya. Itulah pengorbanan yang terpaksa kami tanggung demi mencapai tahap terbaik dalam hidup. Setiap kejayaan perlukan pengorbanan.

Mengapa Saya Sambung Master Setelah Bertahun Meninggalkan Universiti
Program akademik PhD & Master di UTM IBS
Selama tempoh 2 tahun, saya berjaya menghabiskan MBA saya dengan CGPA yang membanggakan melepasi 3.65. Alhamdulillah.

Bukan sedikit jerit perih, pahit maung, airmata, dan banyak lagi dugaan yang mencabar. Tetapi berkat usaha dengan ikhlas, saya berjaya memperoleh MBA pada tahun 2011.

Kini, 6 tahun telah berlalu. Apakah perubahan yang berlaku dalam hidup saya?

Baiklah.

Jika nak direkodkan perubahan yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh enam tahun kebelakangan.. ada banyak. Perubahan tu subjektif sifatnya. Antaranya saya mampu menyimpan dan mengurus kewangan saya dengan baik. Selain itu saya juga mempunyai 2 syarikat yang terlibat dalam property consultant. Kepuasan menyambung Master adalah satu pencapaian peribadi yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata setelah saya berjaya melepasi halangan demi halangan untuk merealisasikannya.

Impian jadi nyata, at least anak-anak saya akan mencontohi semangat ibu bapanya ini.

Lagipun.. tuntutlah ilmu selagi hidup kerana belajar adalah proses sepanjang hayat bukan untuk satu tempoh tertentu saja.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.