Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/26

Kurus Dengan Air Detox Yang Paling Mujarab

Kurus Dengan Air Detox Yang Paling Mujarab. Apakah bahan detox yang boleh menguruskan badan. Cerita pasal detox ramai yang dah alert dan aware tentang benda ni. Maknanya orang ramai dah peka tentang penjagaan kesihatan mereka dengan mengamalkan pemakanan sihat. Dan cara paling mudah nak kurus dan sihat adalah dengan buat sendiri air buah yang dicampur dengan daun herba seperti daun pudina, serai, parsli, daun seleri dan banyak lagi.

Kurus Dengan Air Detox Yang Anda Buat Sendiri. Ramai blogger telah berkongsi cara-cara buat air detox yang menyihatkan itu. Air detox amat sesuai untuk mereka yang mahu aktifkan cara hidup sihat. Air detox ternyata telah membantu saya hilangkan angin dari dalam badan. Ia amat membantu untuk langsingkan badan. Sistem penghadaman bertambah baik. Alhamdulillah.

Antara buah-buahan yang sesuai untuk buat detox adalah:

Lemon
Epal
Timun
Buah strawberry
Pisang
Dan banyak lagi

Kurus Dengan Air Detox Yang Paling Mujarab


Kurus Dengan Air Detox Yang Paling Mujarab

Air detox adalah air buah-buahan yang dicampur dengan herba dan disimpan dalam bekas untuk mendapatkan hasil yang bagus untuk kurus dan sihat. Hasil yang terbaik.

Saya telah mencuba buat air detox sendiri dengan mudahnya. Sebelum ini saya ada tulis artikel yang berkaitan dengan air detox. Meh baca pada pautan di bawah...

Baca 👉 Cara buat air detox sendiri untuk kurus dan sihat

Ada banyak resepi dan cara yang disediakan. Kalau anda malas nak minum air masak, anda boleh campurkan hirisan lemon dalam termos / bekas air masak anda dan hasilnya, insyaa Allah.. anda akan terbiasa minum air masak dengan mencukupi tanpa rasa malas lagi.

Namun cara paling mujarab dan terbaik buat air detox adalah air yang anda buat sendiri. Anda akan tahu keperluan tubuh badan anda samada anda seorang yang ambil air banyak setiap hari atau sebaliknya.

Air detox paling mujarab tentulah campuran buah lemon dengan serai dan bawang putih. Bukan saja saya dah cuba tetapi kawan sepejabat pun ikut buat sekali. Hasilnya anda akan mudah lawas, badan ringan dan perut mudah kempis. Untuk turun berat badan makan masa sikit jika anda tak kawal makan anda. Anda kena kurangkan manis dan makanan berminyak. Kalau setakat minum air lemon dan serai dan bawang putih tapi makan tak pantang, boleh juga turun berat badan tapi lambat. Mungkin sebulan turun 1 kilo saja...

Kurus Dengan Air Detox Yang Paling Mujarab

Lemon campur halia pun dah cukup untuk langsingkan badan. Tapi kena displin jika nak dapat hasil yang memuaskan. Tak boleh buat dengan hangat-hangat tahi ayam.. okay?

Macam biasa, cara penyediaannya.. campur semua bahan dan rebus atas api yang panas. Lemon dan halia dihiris tipis Bila dah mendidih, anda tapis airnya dan sejukkan. Boleh jadi ibu detox, tambah air jika dah nak habis. Lebih baik simpan sekali dengan halia dan lemon itu. Boleh simpan hingga 3 hari.

Selamat mencuba tips di atas ya, paling tidak khasiat lemon dan halia untuk air detox itu melawaskan buang air besar dan buang angin dalam badan.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.