Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/14

Koleksi Doa Menghadapi Musibah Seperti Kebakaran Dan Kemalangan

Koleksi Doa Menghadapi Musibah Seperti Kebakaran Dan Kemalangan. Koleksi doa ini saya dapatkan dari facebook Mufti Wilayah Persekutuan, iaitu Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Begitu teliti koleksi doa-doa ini yang menyertakan langkah demi langkah doa dibaca untuk siapa dan kepada siapa. Semoga Allah SWT memberikan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amalan tuan Mufti di terima oleh Allah SWT.

Kesedihan mereka yang ditimpa musibah takkan sama dengan kita yang melihatnya. Trauma perasaan mereka yang mengalaminya takkan sama dengan kita yang sekadar membaca dan mendengar cerita. Kerana kita tidak berada di tempat mereka. Kerana kita tidak diuji dengan musibah yang serupa.

Koleksi Doa Menghadapi Musibah Seperti Kebakaran Dan Kemalangan

Namun jangan sesekali kamu alpa sehingga membelakangkan perasaan saudara saudari kamu yang sedang berduka. Hormati perasaan mereka. Doakan mereka. Itulah jalan terbaik yang boleh kamu tunjukkan yang sebenarnya kamu mengerti dugaan yang mereka lalui...

Koleksi Doa Menghadapi Musibah Seperti Kebakaran Dan Kemalangan


Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata. Salah satu doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW saat tertimpa musibah adalah doa berikut ini:


1. Doa Saat Ditimpa Musibah


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Berdoalah kepada keluarga mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan

2. Doa kepada keluarga mangsa


أَعْظَمَ اللَّهُ أَجْرَكَ، وَأَحْسَنَ عَزَاءَكَ، وَغَفَرَ لِمَيِّتِكَ

"Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu,

Begitu juga sebagaimana sabda Nabi SAW, "Barangsiapa yang melihat orang lain ditimpa musibah/bala, bacalah

3. Doa melihat orang lain ditimpa musibah


 الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan."

Maka tidak akan ditimpa musibah ini."

(Riwayat al-Tirmizi, no. 3432. Beliau menyatakan hadis ini hukumnya hasan gharib pada jalan ini)

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada' sebagaimana hadis Nabi SAW:

الشَّهَادَةُ سَبْعٌ سِوَى الْقَتْلِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ وَالْغَرِقُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ وَالَّذِى يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: "Orang-orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang, iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung (rujuk sini) lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.)

Sebaiknya kepada masyarakat awam, tidak perlu disebarkan gambar-gambar yang mungkin melukakan hati keluarga mangsa. Cukuplah dengan mendoakan mereka disamping memberi sokongan moral, kewangan dan lain-lain yang wajar. Sama-sama kita sedekah Surah al-Fatihah kepada semua mangsa.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Semoga Koleksi Doa Menghadapi Musibah Seperti Kebakaran Dan Kemalangan yang dikongsikan dapat dijadikan panduan kepada kita semua dalam meniti musibah yang tak boleh dijangka. Ajal maut di tangan Tuhan. Dia yang merancangkan semuanya. Dia yang menguji hambaNya ikut kemampuan mereka. Allahuakbar!

1 comment:

  1. Terima kasih dik, sharing doa2 ni, baik utk di amalkan. Doa adalah senjata Kita, yg paling ampuh, in sha Allah

    KakSu|Membantu ibu2 dirumah membina blog dan bisnes online

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.