Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/17

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017. Debaran calon SPM 2017 semakin terasa. Ada yang dah tak belajar lagi, hanya tinggal membuat ulangkaji matapelajaran yang agak lemah untuk menambah kemahiran menjawab semasa peperiksaan SPM bertulis dijalankan mulai 6 November nanti.

Jangan gementar ya adik-adik, berjuanglah dengan yakin dan berbekalkan azam untuk cemerlang nanti. Usaha tanpa jemu. Fokuslah kepada pelajaran anda buat masa ini demi faedah masa depan anda sendiri nanti.

Tiada masa untuk main-main. Okay.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017

AMARAN PEPERIKSAAN/PENTAKSIRAN


Calon yang menduduki peperiksaan di dewan/bilik peperiksaan dilarang:

1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Kenyataan Kemasukan Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.

2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.

3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.

4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan
walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.

5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.

6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.

7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.

8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.

9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan/ Pentaksiran dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan.

Calon yang disabitkan dengan mana-mana salah laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

1. keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;

2. keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;

3. keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal.

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017


Di bawah ini adalah jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2017 untuk rujukan anda semua.
Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017





Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017

Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2017 yang disertakan adalah sebagai rujukan murid dan ibubapa yang ingin sama-sama memberikan sokongan moral kepada anak masing-masing.

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.