Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/20

Hidup Itu Bagaikan Mimpi

Hidup Di Dunia Bagaikan Mimpi. Hidup itu indah bagai dalam awangan bila dihujani dengan nasib dan takdir yang baik-baik. Umpama mimpi dalam mimpi, rasa sayang nak terjaga. Takut bila dah terjaga, mimpi indah itu terbang jadi debu di ceruk buana. Hidup itu bagaikan mimpi. Mimpi buruk, mimpi indah.. boleh bertukar dalam semalaman yang menggerunkan.

Hidup di dunia itu bagaikan mimpi. Ada kala kita bermimpi perkara tak pernah jumpa. Bermimpikan perkara yang selalu terjadi. Dalam mimpi kita bersemuka dengan orang yang asing. Dalam mimpi kita menangis tentang perkara yang tidak berkaitan. Siapakah mereka yang hadir dalam mimpi? Apakah itu satu petanda?

Jika hidup itu sebuah mimpi? Maka.. bilakah kita baru tersedar dari mimpi yang panjang itu?

Hidup Di Dunia Bagaikan Mimpi


Hidup Itu Bagaikan Mimpi

Hidup itu bagaikan mimpi.

Mimpi hanyalah sementara. Sebagaimana hidup kita.

Sungguh sangat beruntung orang yang sedar hidup ini hanya sementara. Ia akan berusaha sekuat tenaga mengendalikan hawa nafsunya.

Dan ketika ajal tiba, mata kita kan tertutup. Saat itulah kita terbangun akan kehidupan yang sebenarnya.

Semoga kita semua selalu bersedia, bilapun kita dibangunkan.

Hidup itu bagaikan mimpi. Dunia hanya tempat persinggahan. Akhirat juga tempat yang kekal untuk kita menuai hasil yang kita tanam dan semai di dunia. Dunia hanya mimpi. Akhirat jua alam yang nyata.

Maka dari itu, benarlah pernyataan Imam Ali, sebagaimana dikutip oleh Imam Jalaluddin Abdurrahman as-Suyuthi, “An-Nas niyam[un], idza matu intabahu [Manusia itu tidur. Jika mati, dia terjaga].” (As-Suyuthi, Syarh ash-Shudur bi Syarh al-Mawta wa al-Qubur, hlm. 30).

Ketika hidup semuanya mimpi. Hanya sebuah mimpi yang penuh angan-angan. Bilakah waktunya kita hidup? Ia adalah ketika kita mati dan terjaga di alam lain. Alam yang kekal. Barulah kita tersedar.

Keadaan ini sama seperti yang digambarkan oleh Baginda Nabi Muhammad saw., “Tidaklah seseorang meninggal, kecuali dia pasti menyesal.” Sahabat bertanya, “Apa yang dia sesalkan, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Jika dia pelaku kebaikan, dia akan menyesal, mengapa dia tidak melakukan lebih banyak lagi kebaikan. Jika dia pelaku keburukan, dia akan menyesal, mengapa dia tidak sejak awal berhenti melakukan keburukan.” (HR at-Tirmidzi).

Bacaan lanjutnya, anda boleh rujuk sumber..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.