Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/06

Doa Untuk Kesejahteraan Dan Keselamatan Keluarga

Doa Untuk Kesejahteraan Dan Keselamatan Keluarga. Kita pasti dalam kerisauan dan gundah gulana jika ada ahli keluarga yang dalam kesulitan dan sedang diuji dengan musibah. Contohnya sedang diuji sakit yang mudarat, dilanda kemalangan, musibah kehilangan orang tersayang dan sebagainya. Pada waktu beginilah pertolongan kita amat diperlukan. Sokongan moral amat dihargai.

Salah satu cara pertolongan yang boleh kita lakukan adalah dengan memanjangkan doa-doa yang baik kepada mereka yang sedang dilanda musibah seperti sakit dan sebagainya. Kita tidak tahu siapakah di kalangan kita doanya yang makbul, tiada hijab. Tetapi yang pasti doa orang yang sedang musafir di jalan Allah, doa orang yang dizalimi amatlah mujarab. Insyaa Allah.

Jika begitu, doakanlah rakan-rakan dan sahabat handai serta ahli keluarga dengan doa kesejahteraan dan keselamatan agar mereka yang kita sayangi sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.

Doa Untuk Kesejahteraan Dan Keselamatan Keluarga

Doa Untuk Kesejahteraan Dan Keselamatan Keluarga


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ


Doa kesejahteraan & keselamatan keluarga Dalam bahasa:

Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.

Ertinya :

Yaa Allaah... kami memohon kepadaMu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/ kesegaran pada tubuh dan penambahan ilmu, dan keberkahan rezeki, serta  taubat sebelum mati dan rahmat di waktu mati, dan keampunan sesudah mati. Aamiiin...

Semoga dengan doa ikhlas kita semua, dapat menyembuhkan sahabat yang sedang diuji sakit, saudara mara yang ditimpa musibah dan kehilangan. Semoga Allah SWT melimpahkan kasih sayangnya kepada kita semua dan dikumpulkan kita semua di bawah naungan rahmatNya sehingga hari kiamat nanti.

Allahu Akbar.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.