Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/18

Dapat Cek Nuffnang RM264.89 Income Sepanjang Julai 2017

Dapat Cek Nuffnang RM264.89 Income Sepanjang Julai 2017. Seronok bila balik rumah aje buka peti surat ada sampul berisi cek. Cek dari Nuffnang yang saya cashout pada hujung Julai. Rasa amatlah gembira bila sesekali ada cek income berblog yang bertandang.

Bagi anda yang ada blog dan nak rasa income permulaan yang tak perlu syarat ketat, anda boleh cuba dengan Nuffnang. Daftar dan ikut langkah demi langkah, dalam beberapa minit dah boleh pasang banner dalam blog.

Sayang rasanya jika ada blog tetapi anda kurang memanfaatkan semaksima mungkin. Pada mula berblog memang kerana minat tetapi lama kelamaan peluang buat income akan datang secara tak sengaja. Waktu itu anda akan rasa berbaloi buat entri yang asli dan idea sendiri kerana pandangan anda itu diiktiraf.

So, cubalah daftar Nuffnang jika anda nak cuba dapatkan income paling mudah. Ada orang klik iklan, ada lah duit masuk.

Tapi yang penting, usaha di atas kaki sendiri. Berblog secara jujur. Okay😎😎


Dapat Cek Nuffnang RM264.89 Income Sepanjang Julai 2017


Ramai yang kata Nuffnang dah tak relevan lagi. Ada yang dah delete atau buang banner iklan Nuffnang di blog msaing-masing. Tapi saya okay aje, pasang jugak dan letak pada footer template. Di bawah related post.

Dapat Cek Nuffnang RM264.91 Income Sepanjang Ogos 2017

Masa cashout hari tu, jumlahnya RM265.39. Bila dapat cek jumlahnya sedikit kurang kerana dia tolak admin fee atau komisen. So, dapat rezeki RM264.89.

Alhamdulillah, ada juga rezeki terpijak untuk bulan ni, walau cashout nya dah dekat sebulan lebih. Iya lah.. income Julai punya kan..

Namun iklan Nuffnang ni macam dah kurang nampaknya, sekejap muncul sekejap tak ada. Kalau yang sabar tu bertahanlah.

Nak blog anda dapat income macam saya dari Nuffnang, kena rajin buat entry selalu. Pelbagaikan entry anda, jika anda adalah blogger lifestyle. Tapi jika anda bawa niche sukan, Nuffnang susah sikit. Tapi boleh cuba.

Macam blog saya ber'niche'kan wanita dan resepi, so kebanyakan cerita tentang resepi, petua, tips sihat, motivasi dan sebagainya.  

Buatlah blog kerana minat diikuti dengan displin. Insyaa Allah blog anda akan bertahan lama. Dan, anda akan dapat income yang stabil setiap bulan dari blog.

Blog boleh dijadikan platform menjana income secara part time dan juga full time. Terpulanglah. Pilihan di tangan anda.

3 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki tu..blog PC Nuffnang kejap ada kejap tak ada...tak apalah...

    ReplyDelete
  2. Woww bestnya, saya pun baru hantar untuk dapatkan cheque dari en nuffnang hee.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. rezki tu.. tapi memang nuffnang sekarang bermasalah kan? saya dah tak boleh paparkan iklan nufnang kat blog baru. tak tau la kat mana masalahnya. puas google. masih lagi x dapat penyelesaian.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.