Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

19 September, 2017

CPUV Terbaru Dari Nuffnang Untuk Aynorablogs

CPUV Terbaru Dari Nuffnang Untuk Aynorablogs. Masih ada lagi rupanya Nuffnang bagi CPUV buat aynorablogs.com. Ingatkan dah tak masuk senarai. Iya, lah.. saya bukan blogger ternama yang rajin attend event dia orang.., saya blogger biasa-biasa aje. Yang penting saya minat menulis apa saja yang saya suka. Saya boleh luahkan sesuatu.. tentang hidup, tentang isi-isi dunia dan banyak lagi. Hihi..

Saya baca dari blog-blog yang ada dan sempat saya blogwalking.. ramai juga yang kecewa dengan Nuffnang. Bak kata dia orang, langsung tak dapat CPUV. Sabar ya dik non semua..

Cuba korang tengok balik, ada tak CPUV Nuffnang yang sangkut sehari dua ni.. mungkin belum rezeki lagi, ya tak? Teruskan berusaha tampilkan konten blog yang terbaik dan mengikut keadaan semasa.

CPUV Terbaru Dari Nuffnang Untuk Aynorablogs


Dalam bulan September 2017, ada 6 CPUV yang masih 'ongoing' statusnya. Ada rezeki saya lagi dengan Nuffnang.
CPUV Terbaru Dari Nuffnang Untuk Aynorablogs
Sumber dariNuffnang.com
Antara yang masih berstatus ongoing adalah Kotex Total Protection dan Tiguan Sustenance. Kalau nak tahu details tentang produk tersebut, anda boleh klik pada iklan Nuffnang yang ada kat bahagian bawah artikel ini.

Dulu masa mula-mula kenal Nuffnang, saya pun tak tahu cara nak buat promosi yang berkaitan dengan produk pengiklan mereka. Tapi kini, sesekali saya akan cerita tips dan cara menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan sesetengah produk. Dari situ, pasti ada pengiklan yang akan tertarik dengan konten blog kita dan terjadilah wujudnya CPUV dari Nuffnang. Faham ke tak faham?? Haha...

Walau apa pun, tulislah entri blog dengan berkualiti dan mengandungi info yang memudahkan urusan orang lain.

Lambat laun anda akan menikmati hasil jangka panjang yang tidak dijangka-jangka.

Selamat berblog!!

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.