Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/24

Cara Mengekalkan Sesuatu Hubungan Dengan Pasangan

Cara Mengekalkan Sesuatu Hubungan Dengan Pasangan. Bagaimana caranya nak kekalkan hubungan antara pasangan, contohnya pasangan suami isteri, sahabat, rakan sekerja dan banyak lagi. Konteks tulisan saya kali ini lebih kepada perhubungan suami isteri.

Banyak hal berlaku dalam kehidupan kita seharian hingga kita macam tak mampu menangani setiap satu dengan betul, buat keputusan dengan tepat dan ada ketika masalah yang berlaku dalam perhubungan menjadikan kita putus asa dan mahu mengalah. Ada tak korang rasa macam tu...

Sesuatu perhubungan tidak boleh berjaya jika bergerak bersendirian. Perhubungan atau relationship yang berjaya adalah disebabkan pasangan saling membantu untuk  berubah menjadi semakin baik dan bagus setiap hari. Perhubungan seharusnya semakin ada chemistry setiap masa dan saat.

Cara Mengekalkan Sesuatu Hubungan Dengan Pasangan

Namun jika perhubungan anda dengan pasangan tidak berjalan seperti kehendak anda dan mengalami terlalu banyak pertelingkahan, ketidakjujuran.. dan saling menyakiti.. apa yang harus anda lakukan?

Cara Mengekalkan Sesuatu Hubungan Dengan Pasangan


Bagaimana caranya nak mengekalkan perhubungan atau relationship anda kekal berpanjangan hingga ke Jannah...

1. Percaya mempercayai antara satu sama lain
2. Menyayangi antara satu sama lain
3. Beri peluang kepada pasangan jika ada membuat kesilapan
4. Saling memberi dan melalui proses seadanya, beri masa...
5. Memaafkan
6. Belajar mengawal ego anda
7. Mengikut rentak dan masa. Jangan terlalu berharap
8. Memahami kelemahan masing-masing
9. Mendengar.. belajar jadi pendengar yang setia
10. Hormati nilai dan kepercayaan pasangan, maksudnya cara pemikiran seseorang berbeza.. jadi hormatilah ia..
11. Saling mendidik dan meningkatkan moral diri pasangan
12. Setialah.. berusaha untuk setia
13. Usah terkesan atau terganggu dengan pandangan orang lain tentang hubungan anda, maksudnya jangan peduli apa orang kata..
14. Berdoa dan memohon petunjuk dari Allah setiap masa
15. Jangan terlalu mengawal pasangan
16. Cemburu seadanya.. biarlah bertempat
17. Tetap kuat dan pilihlah untuk bertahan
18. Berserah kepada Allah jika semuanya telah anda lakukan. DIAlah perancang terbaik dalam kehidupan manusia.

Cara Mengekalkan Sesuatu Hubungan Dengan Pasangan

Jangan bersedih sekiranya segala usaha telah dilakukan namun jalan damai tidak kunjung tiba. Di setiap kesulitan, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Di setiap segala pengorbanan dan kesulitan yang anda lalui, akan ada jalan terang pada akhirnya.

Semua kehidupan makhluk bernyawa dan berakal akan diuji. Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita selagi kita tidak melalui dan merasainya. Biarkan jalan gelap melepasi kita sedikit demi sedikit hingga satu saat yang tepat.. kita berhak mendapat cahaya terang.

Allah Maha Adil. Ingat tu... 😍😍😍

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.