Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/23

Blog Kayoomanis 8 Bulan Dah Capai Pageview Lebih 3 Ribu Sehari

Blog Kayoomanis 8 Bulan Dah Capai Pageview Lebih 3 Ribu Sehari. Bulan Oktober nanti masuk 8 bulan usia blog resepi saya tetapi PV dia dah boleh dibanggakan. Alhamdulillah. Saya sangka kena tunggu bulan Februari 2018 nanti untuk capai target PV lebih 1 ribu sebulan. Rupanya rezeki dari Allah lebih cepat..

Pageview yang tinggi amatlah membantu blogger yang memasang banner iklan percuma seperti Adsense, Nuffnang dan sebagainya untuk menjana income. Contohnya, jika ada lebih 3 ribu PV sehari, peluang untuk 10 orang klik iklan anda tu, tinggi.. lagi tinggi PV, lagi tinggi peluang untuk dapat income yang tinggi. Ini memang terbukti. Terutamanya jika iklan yang dibayar berdasarkan CPC, Cost Per Click. Faham ke faham? Haha..


Blog Kayoomanis 8 Bulan Dah Capai Pageview Lebih 3 Ribu Sehari


Mesti ramai pembaca nak tahu apa yang saya buat dengan blog Kayoomanis tu? Saya tak buat benda extreme pun.. biasa aje, ping sikit sikit kat blogger group, dan buat artikel resepi dengan sentuhan SEO.

Buat artikel resepi pun kena ada SEO ke?

Mestilah dik.. nak untung tak? Nak orang dapat manfaat kongsi resepi anda tu tak? Nak pembaca pandai masak untuk family tak? Mestilah nak.. mestilah nak ramai orang dapat kebaikan dan manfaat, kan?

Saya print screen dari blogger.com untuk rujukan. Sebagai inspirasi kepada blogger baru di luar sana.
Blog Kayoomanis 8 Bulan Dah Capai Pageview Lebih 3 Ribu Sehari

Dari gambar di atas, saya print screen pada pukul 3.00 petang tadi (23/9/2017), PV dah lebih 1,500. Semalam dapat lebih 3 ribu.

Blog Kayoomanis 8 Bulan Dah Capai Pageview Lebih 3 Ribu Sehari
Nampak tak perbezaan PV dalam seminggu ni? Dari 6/9/2017 hingga 16/9/2017, PV blog kayoomanis masih di bawah 1000 sehari. Tetapi menjejak 20/9/2017 seterusnya.. PV blog semakin meningkat deras. Hihi..

Apakah rahsianya?

Tak ada rahsia pun, cuma saya tukar template yang mesra SEO. Template blog yang bersih, putih. Template blog yang ringan. Jadi terhasillah PV yang mencanak hingga lebih 3,000 sehari. Okay lah bagi sebuah blog baru yang tak disokong oleh Fan page yang berjuta. Ini semua adalah hasil dari carian Google dan FB page yang baru ada 54 follower.

Cukuplah perkongsian saya tentang review blog baru saya yang baru 8 bulan tapi PV sehari dah dapat lebih 3 ribu.

Nak dapat macam blog saya dapat? Mudah, jangan malas. Selalu belajar dari kesilapan. Jangan berhenti belajar melalui kegagalan demi kegagalan.

Terima kasih kerana membaca coretan saya, semoga bermanfaat.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.