Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/09/30

Beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino Dari CJ Wow Shop

Beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino dari CJ Wow Shop Online. Sewaktu dalam bercuti di kampung, temankan bonda tengok TV sambil berborak-borak. Kat TV tengah tayang CJ Wow Shop punya promosi. Macam-macam yang ada. Inilah 1st time saya tengok sebab waktu siaran dia kan pagi, mana sempat tengok kalau kerja. Haa.. ni time bercuti dapatlah tengok. Mungkin dah takdir.. waktu tu TV tengah promote Air Fryer Riino ni lah..
Beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino Dari CJ Wow Shop
Dia orang dok promote kat kaki shopping online macam saya, memang terkena lah. Terus ambil handphone, order, bayar dan settle. Kemudian bila dah bayar, baru terfikir. Guna ke nanti Air Fryer ni. Kita tunggu dan lihat aje lah ya dik!

Harga beli : RM399
Postage: Free


Beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino Dari CJ Wow Shop


Beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino Dari CJ Wow Shop

Produk spesifikasi;
  • 10L Cooking Capacity
  • 1200 ~ 1400W
  • Oil free & smoke free cooking technology
  • Energy efficient & radiation free
  • Digital preset cooking programme 

Baiklah.

Barang yang saya beli 3 hari dah sampai. Tak ada banyak cekadak. Alhamdulillah.

Saya guna alamat pejabat. Dia orang sangka ada secret admirer hantar teddy bear kerana saiz kotak yang besar. Kalau Camry ok je, teddy bear tak main dik.. dah tua dah.. haha

Saat paling syok dan seronok adalah ketika nak buka kotak. Satu office tunggu penuh suspen. Inilah dia barangnya... Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino.


Beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino Dari CJ Wow Shop

Kat luar kotak dah ada tunjuk gambar kegunaan Air Fryer ni. Ikut aje contoh..



Ramai yang suka sebab saya beli pada harga yang lebih murah. Masa dia orang beli dulu harganya RM999.

Tapi tak tahu bila boleh mula guna untuk memasak. Kena tunggu waktu yang banyak terluang dan ada mood, baru boleh guna.

Anak bujang kecil saya pun dah standby list untuk saya masak. Tunggu lah ya nak.. hihi

Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino amat mudah digunakan, cepat dan ada banyak fungsi. Nak panggang, kukus dan goreng.. semua ada. All in one orang kata. 

So, saya rasa beli Double Intelligent Turbo Air Fryer Riino taklah membazir walaupun takdir telah menyebabkan saya terbeli penggoreng ajaib ini.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.