Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

10 September, 2017

Analisa Blog Kayoomanis Setelah 7 Bulan Beroperasi

Analisa Terhadap Blog Kayoomanis Setelah 7 Bulan Beroperasi. Ada sesetengah blogger tahu saya ada menulis dan membuka sebuah lagi blog yang bertemakan resepi. Blog resepi Kayoomanis telahpun berumur 7 bulan setakat bulan September 2017. Saya mulakan blog kayoomanis.com pada Februari 2017.

Banyak yang saya pelajari dari blog baru yang saya cuba naikkan Pageview dan pembacanya. Bukan mudah ya kawan-kawan. Kalau anda berjaya dengan satu blog belum tentu anda mudah meraih kejayaan yang serupa untuk blog yang lain. Ia memerlukan kerja keras dan pengorbanan masa yang bukan sedikit.

Kenapa saya buat blog baru khas untuk resepi. Sebenarnya, saya sedang melakukan analisa. Berapa lama agaknya sesebuah blog boleh mendapat 1000 PV sehari dari sejak hari pertama ditubuhkan.

Inilah punca sebenar saya buka blog baru yang semua orang pun belum tahu., belum kenal kayoomanis.com. its okay, pelan-pelan kita merangkak.. ya dak?

Analisa Blog Kayoomanis Setelah 7 Bulan Beroperasi


Apa yang saya nak tahu dari analisa dan kajian saya terhadap blog Kayoomanis yang baru berusia 7 bulan.

Baiklah.

Analisa dari blogger.com ...

Sepanjang 7 bulan ini, 10 entri terbaik dengan PV dah lebih 2500 seperti di bawah.
Kajian Terhadap Blog Kayoomanis Setelah 7 Bulan Beroperasi

Manakala gambar di bawah menunjukkan pageview blog sehari yang semakin meningkat sepanjang bulan Ogos dan awal September yang lalu. Terbaru PV dah cecah 646 sehari.
Kajian Terhadap Blog Kayoomanis Setelah 7 Bulan Beroperasi
Dari kajian blogger.com, carian banyak datang dari Google dan Facebook. Semoga carian di Google bolwh berada pada muka pertama untuk melonjakkan PV blog kayoomanis.

Kajian Terhadap Blog Kayoomanis Setelah 7 Bulan Beroperasi

Jom tengok apa kesimpulan yang telah saya perolehi daripada penubuhan blog baru tersebut yang berusia 7 bulan.

1. Segera perbanyakkan entri blog jika anda mahu blog baru mendapat tempat dalam carian Google. Kalau boleh dalam tempoh 5 bulan, blog telah mempunyai 100 entri.

2. Buka Fanpage FB agar mudah anda promosikan artikel kepada pembaca di luar sana

3. Nama blog hendaklah mudah diingati dan tidak panjang berjela namanya.

4. Mesti ada elemen SEO dalam entri walaupun anda  buat blog resepi atau apa saja..

5. Jadilah blogger yang outstanding, maksudnya anda berada dalam kelas tersendiri walaupun anda seorang blogger picisan (macam saya..), biar tidak dikenali tetapi blog anda mempunyai pembaca senyap.. silent readers. Mereka inilah yang menyumbang pendapatan kepada saya.

Itulah sebahagian kesimpulan yang saya dapati dari blog kayoomanis yang saya sedang usahakan untuk meningkatkan PVnya kepada lebih 1000 sehari. Boleh tak agaknya?

Sama-sama kita tunggu bila saya sambung entri ini pada bulan Februari 2018, jika umur panjang. Insyaa Allah.

5 comments:

  1. Alhamdulillah moga terus success dalam dua-dua blog..

    ReplyDelete
  2. Pemilihan niche ptu penting jugak :-)

    ReplyDelete
  3. memang semuanya organic search eh?wow..dasat tu dalam masa sebulan je..ada wat backlink ke apa ke? off page pun tak yah wat ke?menarik tu

    ReplyDelete
  4. Wah, hebatnya.. Terbaik ni! Tahniah3..btw,good tips!

    ReplyDelete
  5. macam saya juga kebanyakkan jadi silent readers...anywhere,congrat pageview today ja dh 475, teruskkan usaha :)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.