Header Ads

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan. Peperiksaan bukanlah musuh yang mesti digeruni sebaliknya ia adalah sebuah harapan yang mesti ditempuhi dengan tabah dan kuat semangat. Kita tak tahu samada kita akan berjaya atau gagal. Mengapa mesti takut untuk menghadapinya? Jika bekalan dah cukup lengkap, redah dan tempuhlah dengan yakin. Kita tak tahu keupayaan kita jika tak melakukannya dengan sehabis baik. Betul tak adik-adik?

Saya tahu ramai rakan kita yang sedang berjuang di dewan periksa. Ada yang sedang jalani trial SPM, PT3, UPSR dan sebagainya. Janganlah cemas ya.. kalau kamu cemas, ibubapa lagilah gelabah. Hihi.. fokus dan lakukan dengan yakin. Ok!

Baca juga >>> {Doa memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan}

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan

Ucapan Kata Motivasi Kepada Pelajar Yang Bakal Menduduki Peperiksaan


Ada banyak kata-kata semangat dan motivasi yang boleh diberikan kepada anak-anak, rakan-rakan dan sahabat yang akan menghadapi peperiksaan. Jom renungkan kata-kata motivasi di bawah.

1. Bayangkan kejayaan bukannya kegagalan. Jangan stress tak tentu hala. Lalui peperiksaan dengan senyuman. Bayangkan anda berjaya mencapai keputusan cemerlang. Anda pasti dapat melakukan yang terbaik ketika di dalam dewan peperiksaan.

2. Orang-orang berjaya di dunia ini, pada awalnya bermula dengan satu harapan dan impian. Demi harapan dan impian, mereka mula berusaha untuk membuktikannya. Sehingga mereka berjaya mencapai kejayaan. Impian mnjadi realiti.

3. Prepare for the best, plan for the worst and expect to be surprised.

4. Sekiranya kamu telah membulatkan tekad , bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertawakal.”
— Surah Ali’Imran ayat 159

5. Kemiskinan orang berilmu adalah kemiskinan ikhtiar. Manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

6. Berhenti merungut dan mengutuk. Kedua-duanya buat kita stress. Itu tandanya kita orang yang kurang bersyukur. Buangkan rungutan dan kutukan dalam minda. Insyaa Allah ilmu mudah masuk dalam fikiran.

7. Minta dan bayangkan kejayaan dalam doa. Bila berdoa minta kejayaan dan bukannya gagal. Apabila menyebut kejayaan dalam doa, bayangkan apakah rasanya bila doa itu benar-benar dimakbulkan.

Semoga anda semua rakan pembaca blog ini dapat menyampaikan ucapan kata-kata inspirasi kepada anak-anak atau rakan dan sahabat yang bakal menghadapi peperiksaan. Berikan kata-kata luar biasa anda agar mereka bersemangat membawa kejayaan di hujung penantian.

Selamat berjaya..

2 comments:

  1. selamat berjaya semua pelajar yg akan ambil exam... dan tuk saya jua.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa,Allah,... utk anda juga ya..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.