Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/04

Pageview Blog Cecah 28 Juta Terimakasih Semua

Pageview Blog Cecah 28 Juta Terimakasih Semua. Rasa happy sangat bila pageview blog meningkat dengan stabil dan terus jadi pilihan pembaca untuk mencari info penting seperti petua, resepi, panduan pendidikan dan banyak lagi. Pageview blog aynorablogs dah cecah 28 juta! Satu angka yang pada mulanya tak sangka saya dan blog ini boleh dapat. Suatu masa dulu saya jadikan beberapa blog sebagai inspirasi agar saya dapat mencapai PV harian yang tinggi setiap detik. Alhamdulillah... impian saya jadi kenyataan.

Mesti ramai yang nak tahu macam mana nak pertahankan trafik yang "cantik" setiap masa dan bukannya bermusim. Jawapan saya mudah saja. Berdasarkan pengalaman sendiri, blog yang sentiasa boleh cari makan dalam arena blog adalah blog berkaitan hiburan, resepi, petua, politik dan sebagainya. So, pilih satu tajuk atau tema yang sesuai untuk blog kesayangan anda. Gunakan kreativiti anda sendiri walaupun anda kongsikan artikel orang lain. Sila berikan kredit kepada hasil tulisan orang lain. Jika anda jujur dalam menulis blog, saya pasti anda boleh bertahan dalam dunia blog yang semakin mencabar kini.

Pageview Blog Cecah 28 Juta Terimakasih Semua


Pageview blog dah cecah 28 juta ni, suku saya nak tulis dalam blog supaya dapat beri info kepada pengiklan di luar sana yang nak pasang iklan di blog ini. Tetapi ingat ya, ruang iklan terhad. Tak banyak. Kalau ada yang minat boleh tengok maklumat pada menu di atas.

Pageview Blog Cecah 28 Juta Terimakasih Semua
Pageview Blog Cecah 28 Juta 
Sudah ramai blogger yang menulis bahawa trafik amatlah penting bagi sesebuah blog. Kerana, secara tak langsung ia menggambarkan blog kita ramai pengunjung atau sebaliknya. Jika pengiklan melihat profile blog kita, mereka akan mudah buat keputusan untuk bekerjasama dengan kita atau sebaliknya.

Pageview bulan ini agak merosot namun secara keseluruhan ia masih lagi baik bagi sebuah blog inspirasi dan informasi macam blog saya ini.

Setakat artikel ini ditulis iaitu bulan ogos 2017, pageview blog telah mencecah 28 juta. Dan sudah pasti ia terus meningkat dengan sokongan anda semua.

Terima kasih kepada semua pengunjung blog yang saya sayangi. Tanpa anda semua angka 28 juta takkan pernah muncul. Terima kasih sekali lagi.

6 comments:

  1. terima kasih untuk tips nya..
    InsyaAllah akan menyusul lepas ni😊

    ReplyDelete
  2. Tahniah...keep up a good momentum...salam kenal..

    ReplyDelete
  3. Saya dah bertaun berblog sampai sekarang x dapat traffic mcm ni harap sudi la kongsi tip dan teknik yang boleh saya follow

    ReplyDelete
  4. Hebat..jauh lagi perjalanan saya nak ke tahap ni huhu..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.