Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/17

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah. Saya tak pernah kongsi resepi ikan talapia sebab kami memang jarang beli ikan talapia kemudian masak sendiri. Kalau tergerak nak makan, kami akan pergi kedai atau restoran yang ada menyediakan lauk nasi campur ikan air tawar tersebut.

Kalau tak silap, ikan talapia ada dua jenis iaitu merah dan hitam. Yang warna merah lebih sedap berbanding talapia hitam. Tapi terpulanglah kepada citarasa masing-masing.

Ikan talapia ni ikan air tawar. Jadi ada bau hanyir yang agak kuat dan juga bau tanah. Ketika membersihkan ikan talapia, buang liang tahi ikan di bahagian tengah yang warna hitam halus tu.. insyaa Allah bau tanah kurang la sikit..

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah


Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah
Gambar hiasan
Bahan-bahan: 

Ikan talapia
Segenggam cili padi (ikut suka nak pedas macam mana.. warna merah dan hijau campur)
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai - diketuk
Santan pekat (dari sebiji kelapa)
Garam
Asam keping
Gula

Cara Menyediakan Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah


1. Blend cili padi, bawang putih dan merah, halia dan kunyit hidup. Masukkan ikan dan bahan bahan kisar dan masakkan sehingga airnya menjadi kering.

Masak Lemak Cili Padi Ikan Talapia Merah
Ikan talapia merah
2. Masukkan santan pekat dan dikacau selalu dengan api yang perlahan. Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah dihidang ....

Ada 2 cara nak masak cili padi asli. Apa bezanya? Bezanya air dikeringkan dahulu dengan memasak ikan dan bahan kisar di atas dapur terlebih dahulu. Kedua, boleh menggunakan cili padi, atau cili burung. Memang ada dua cara, boleh juga dicampurkan santan dan bahan kisar dan terus dimasak dengan api perlahan. Ada juga yang ditumis dahulu bahan-bahan dan kemudian baru masukkan ikan talapia. 

Ada juga yang letak bawang putih dan bawang merah, tetapi cili padi asli tak perlu itu semua. Manis ikan dengan lemak santan sudah cukup bersebati untuk menjadikan lemak cili padi anda sangat lazat.

Nota:

Kalau resepi lemak cili padi negeri sembilan, memang tak letak bawang putih dan bawang merah.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.