Khasiat Buah Strawberry Yang Anda Perlu Tahu Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan

Khasiat Buah Strawberry Yang Anda Perlu Tahu Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan. Buah strawberry rasanya masam tapi adakala manis bila dah cukup masak atau tengok kepada baka dan jenisnya. Tapi kebanyakan buah strawberry yang ditanam di Malaysia terutamanya Cameron Highland.. memang masam dan saiznya agak kecil.

Rasanya masam segar, tak hairan kalau strawberry (Fragaria ananassa) sering digunakan sebagai perasa tambahan selain coklat, sesuai dalam ais krim, sirap atau pembuatan kuih muih. Sekarang pun dah ramai orang buat inti kuih tat dengan jem strawberry.

Khasiat Buah Strawberry Yang Anda Perlu Tahu Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan

Tahukah anda, strawberry juga mengandungi asam folat yang diperlukan oleh ibu hamil demi menjaga perkembangan otak janin dalam rahim. Asam folat juga berkhasiat mencegah bayi lahir cacat.

Anda pernah lihat saiz buah strawberry di luar negara? Khasnya yang datang dari Palestine? Subhanallah... saiz besar, merah cantik dan orang kata manis. Ya ke? Tak pernah pulak makan buah strawberry dari sana.



Haa.. nampak tu saiz buah strawberry dari Semenanjung Gaza, Palestine. Buah strawberry dari negara Palestine adalah yang terbaik kualitinya dari seluruh dunia.

Khasiat Buah Strawberry Dan Kebaikannya Kepada Kesihatan


Biarpun secara amnya buah strawberry rasanya masam namun ia banyak mengandungi kebaikan kepada sipemakannya. Nak makan macam mana pun, terpulang kepada anda. Nak makan dengan coklat pun boleh.


Antara khasiat buah strawberry adalah:

Kesihatan mata


Makan tiga buah strawberry atay lebih setiap hari mampu menurunkan risiko degradasi mata, demikian menurut Mayo Clinic. Menurut penelitian terbaru, vitamin C pada strawberry juga dapat melindungi mata dari sinar matahari.


Kesihatan kulit


Antioksidan bernama asam ellagic mampu mencegah kedut dan memperbaiki sel kulit rosak yang disebabkan oleh sinar UV. Jadi selain menggunakan krim kecantikan yang mencegah penuaan, anda boleh menikmati strawberry untuk menyihatkan kulit.

Kesihatan otak


Strawberry juga dikatakan sebagai makanan super untuk otak. Kajian membuktikan bahawa makan strawberry berkaitan rapat dengan penurunan risiko penyakit Alzheimer, Parkinson, dan demensia.

Kesihatan jantung


Khasiat menakjubkan berikutnya dari makan buah strawberry adalah kemampuannya dalam meregulasi tekanan darah. Sehingga ada kajian menyatakan bahawa pengambilan buah strawberry secara rutin sama dengan berusaha menurunkan risiko penyakit jantung dan stroke.


Sistem imun


Kandungan vitamin C tinggi pada strawberry dikaitkan dengan peningkatan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, strawberry juga dapat menangkal beberapa penyakit kanser, salah satunya adalah kanser payudara.

Semoga artikel berkaitan khasiat buah strawberry di atas dapat memberikan manfaat kepada anda semua tentang pentingnya menjaga kesihatan diri serta keperluan menjaga pemakanan kita.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.