Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/29

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang?

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang? Orang kata "Tenang is good" tetapi benarkah kita antara golongan yang tenang-tenang saja.., tenang dalam persekitaran yang bergelora. Bolehkah tenang jadi bahan lakonan demi mengaburi mata musuh di sekeliling? Tenang dan damai jadi harapan dan impian setiap manusia yang berakal. Siapa yang nak hidupnya kucar kacir dan tunggang langgang? Memang sengaja cari pasal..

Ketenangan datang dari hati yang bersih dan percaya kepada ketentuan Allah. Yakin dengan jalan hidup yang Allah dah susun. Kemudian, berusaha untuk mengubah nasib diri agar jadi lebih baik dan terbaik dalam segala kerja yang kita lakukan.

Jangan selalu mengingat penyesalan di masa lalu. Oleh kerana itu hiduplah sebaik-baiknya. Hidup itu mudah teman:

Buatlah SEBUAH KEPUTUSAN.. dan JANGAN PERNAH menyesalinya.

Ambillah hikmah positif di setiap peristiwa yang sedang kamu jalani, jika kamu tidak menemukan hikmah positif itu, ubahlah sudut pandangmu terhadap kehidupan ini sampai kamu menemukannya. Hiduplah setenangnya.

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang?


Mari kita kupas secara logik, mengapakah hidup kita tidak tenang?

1. Tidak bersyukur


Cara bersyukur yang betul adalah kita selalu mengucapkan syukur apabila mendapat kejayaan dalam sesuatu perbuatan. Walau kejayaan kita sebesar zarah, ucapkanlah syukur. Orang yang tidak tahu bersyukur selalu merasa tidak cukup lalu mencari jalan singkat untuk memuaskan kehendaknya sendiri. Contohnya, gejala rasuah dalam pekerjaan adalah tanda orang yang tidak bersyukur dengan rezeki halal yang diperolehi.

2. Selalu berprasangka


Sebagaimana kita ketahui, bahwa berburuk sangka kepada orang lain adalah akhlak yang tercela dan dilarang dalam agama. Allah berfirman:

اِجْتَنِبُوْا كَثِيْرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

“Jauhilah kalian dari kebanyakan persangkaan, sesungguhnya sebagian prasangka adalah dosa” (QS. Al-Hujuraat: 12).

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:

إياكم والظنَّ، فإنَّ الظنَّ أكذب الحديث
“Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta” (HR. Bukhari-Muslim).

Inilah hukum asal prasangka buruk terhadap sesama Muslim, iaitu terlarang. Kerana kehormatan seorang Muslim pada asalnya terjaga dan mulia. 

Kenapa Hidup Kita Tidak Tenang?

Prasangka adalah hasutan syaitan. Kita bersangka yang bukan-bukan terhadap pasangan, rakan, sahabat hinggakan terputus tali silaturrahim akibat prasangka kita itu. Banyak prasangka tanpa bukti dan fakta, adalah dilarang. Sebab itu ia membuatkan hidup tak tenang.


3. Bersikap tamak


Hati tidak tenang kerana sikap tamak kita yang tidak pernah cukup dengan apa yang dimiliki. Kerana ketamakan, kita boleh jadi pencuri. Kerana ketamakan kita boleh saja jadi pendendam dan cemburu. Berapa banyak kisah pembunuhan yang berlaku akibat tamak dengan harta peninggalan. Pergaduhan sesama adik beradik kerana berebutkan harta pusaka lalu bermusuhan selama bertahun-tahun. Anda sangka dengan permusuhan itu hidup anda boleh aman? Tidak boleh, bukan?

4. Selalu melakukan dosa


Setitik dosa yang dilakukan akan menghitamkan hati. Setiap hari melakukan dosa tanpa rasa menyesal membuatkan hati tak tenang. Jiika anda melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan, pada akhirnya anda berasa tidak tenteram. Semak balik, apakah kerja yang anda lakukan itu halal dan diredhai atau sebaliknya? Setelah buat sesuatu, check iman anda! Orait.. hati yang beriman akan memandu anda kearah kebaikan..  

5. Sombong dan ego


Kenapa hidup tak tenang? Tanyakan ke dalam diri sendiri. Di manakah bumi yang dipijak? Di manakah langit dijunjung? Anda kaya tetapi sombong dan ego. Anda memiliki kelebihan tetapi memandang hina kepada mereka yang berada di bawah. Renung dalam diri, adakah anda bahagia dan tenang dengan sikap sombong itu? Kemana sikap ego itu membawa anda? Ke jalan yang lebih baik atau sebaliknya?

6. Tidak bersolat


Sebagai mukmin sejati, kita mestilah percaya kepada rukun islam. Salah satu rukun islam adalah mendirikan solat. Sebenarnya solat adalah initi kepada ketenangan hidup yang anda cari-cari selama ini. Inilah jawapannya kenapa hidup anda tak tenang. Kerana.. tidak bersolat. Renungkan sedalam-dalamnya.

Solatlah di awal waktu, lima kali sehari (solat wajib). Selalu berdoa selepas solat agar anda dapat melepaskan segala keluh kesah kepada Allah. Lepaskan semuanya kepada DIA. Insyaa Allah hidup anda akan tenang.

Akhir kata, senarai sebab musabab hidup tak tenang adalah sebahagiannya saja. Ada banyak sebab kenapa hidup tak tenang. Mudahnya dan indahnya islam, hanya fikir yang baik-baik, berbuat kebaikan sebanyak mungkin dan ingat Allah setiap masa.    

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.