Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/12

Hanya Hati Dan Fikiran Yang Kotor Mengeluarkan Kata-Kata Yang Kotor

Hanya Hati Dan Fikiran Yang Kotor Mengeluarkan Kata-Kata Yang Kotor. Ingatlah pesanan ini. Kita biasanya menuduh orang hati kotor, busuk hati tanpa sendiri menyedari bahawa hati dan fikiran kita yang kotor kerana suka menyumpah seranah orang lain dengan kata-kata kesat dan kotor. Na'auzubillah... minta dijauhkan daripada memiliki hati dan fikiran yang kotor hendaknya. Allah Maha Berkuasa..

Bila hati kotor, macam mana cara nak bersihkan semula? Ada caranya.. iaitu perbanyakkan istighfar. Dengan beristighfar, boleh mencuci hati dan hilangkan bintik hitam. Selain itu, muhasabah diri dan ikhlas dalam perbuatan. Kita manusia hanyalah makhluk Allah yang kerdil, banyak kekurangan dan tidak sempurna. Bersyukur dengan apa yang kita ada dan tawakkal untuk apa yang bukan milik kita. Disitulah nanti hadirnya redha dalam setiap amalan dan perbuatan...

Hanya Hati Dan Fikiran Yang Kotor Mengeluarkan Kata-Kata Yang Kotor


Mari kita mentarbiah diri sendiri sambil dalam masa sama mengajak orang kepada berbuat baik dan melebarkan kebaikan. Buat baik tak keji, buat apa nak malu. Takut diperli? Argh... bukan mereka yang bagi kita pahala, ya tak? Teruskan bersedekah jika itu memang niat dan kebiasaanmu. Buat apa nak risau pandangan orang asalkan kita tahu dan jelas dengan niat sendiri. Pada akhirnya nanti, siapa yang mengadili kita? Bukannya manusia-manusia itu.

Hanya Hati Dan Fikiran Yang Kotor Mengeluarkan Kata-Kata Yang Kotor

Koleksi tarbiah diri yang saya share ini saya sebarkan dari FB. Semoga mendapat manfaat dan kebaikan kepada kita semua. Insyaa Allah..

Mencaci maki orang lain dengan kata-kata kotor, tidak membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya mengotori diri sendiri.

Sebab kata-kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita. Hanya hati dan fikiran yang kotor mengeluarkan kata-kata yang kotor.

Menghina orang tidak membuat orang terhina melainkan membuat hina diri sendiri. Sebab hanya hati dan fikiran yang hina akan mengeluarkan kata-kata dan perilaku menghina.

Menghormati orang dengan kata-kata kasih akan membuat diri anda dihormati dan hati anda penuh kasih sayang. Sebab hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata-kata kasih.

Menguatkan orang dengan kata-kata bijak akan membuat diri anda menjadi kuat dan fikiran anda bijak sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata-kata bijak.

Membahagiakan orang dengan kata-kata berpengharapan akan membuat diri anda bahagia dan jiwa anda penuh harapan. Sebab hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata-kata penuh harapan.

Menyayangi saudaramu seperti kamu mencintai dirimu sendiri. Jika saudara susah maka bantulah dia, jika saudara mu bahagia nasihatilah dia untuk bersyukur dengan nikmat Tuhan yang diberikan. 

Hanya Hati Dan Fikiran Yang Kotor Mengeluarkan Kata-Kata Yang Kotor

Kebaikan itu akan membawa seseorang pada hal yang benar, dan benar akan membawa seseorang pada puncak pengetahuan dan ketika seseorang duduk pada puncak ahli ilmu maka disitulah anda akan menjadi rendah hati.

Kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan, atau akan membentuk siapa diri kita akhirnya.

Semoga tarbiah ringkas dan kata-kata inspirasi di atas mampu menjadikan kita insan yang berhati bersih dan merendah diri. Jangan berkata menongkat langit macam anda paling baik dan benar sedangkan satu dunia sudah melihat yang jelik tentang dirimu. Itukah yang nak dibanggakan? Fikirkanlah!!🤔🤔🤔

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.