Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/10

Cara Mengenal Potensi Dirimu

Cara Mengenal Potensi Dirimu. Hai pembaca blog tersayang. Apa yang anda lakukan hari ini? Adakah pekerjaan yang anda lakukan itu adalah sesuatu yang anda sukai? Atau anda lakukan kerja kerana terpaksa? Tak elok buat sesuatu kerana terpaksa, nanti hasilnya tak berbaloi. Anda tak akan mencapai target yang anda impikan dalam hidup jika anda lakukan kerana terpaksa. Contohnya macam saya, saya suka berblog. Maka, saya akan hasilkan semaksima mungkin kepada blog saya - iaitu perkara yang saya minat.

Akhirnya, blog memberikan hasil yang lumayan setiap bulan kerana saya melakukannya dengan suka, cinta dan senang hati.


Begitulah juga dengan potensi diri anda dalam kehidupan harian, atau dalam rumahtangga dan mungkin juga dalam pekerjaan. Untuk menjadikan potensi diri anda lebih terserlah... perkayakan diri anda dengan ilmu. Nescaya potensi diri anda yang sebenar akan diketahui pada akhirnya.

Bila mengetahui potensi anda yang sebenar, insyaa Allah.. anda boleh bertahan dalam apa jua situasi dalam kehidupan ini.

Cara Mengenal Potensi Dirimu


Nak kenal potensi dirimu, pertama kamu harus suka apa yang kamu lakukan. Maksudnya, tekun dan fokus kepada kerja-kerja hakiki kamu. Pada akhirnya kamu akan menerima balasan yang setimpal dengan usaha yang dilakukan.

Seterusnya cabar diri sendiri untuk melakukan yang lebih kebiasaan. Contohnya, jika kamu biasanya habiskan projek yang diberikan oleh ketua jabatan makan masa lebih 3 hari, maka cuba siapkan projek tersebut dalam sehari. Bermakna, kamu kena lebih pantas, cekap dan berdisplin pada masa. Jangan buang masa. Jika berjaya buat lebih cepat dari biasa.. bermakna kamu boleh lakukan sesuatu kerja dengan pantas.

Selain itu, anda boleh tanyakan kepada ketua anda apakah kecenderungan anda. Mungkin anda kurang berminat dengan kerja design, tetapi anda terpaksa buat. Jadi, rujuk kepada rakan dan ketua anda. Mereka boleh nampak potensi anda dalam bidang apa sebenarnya? Adakah bidang pemasaran atau mungkin kerja yang berkaitan dengan angka.

Anda boleh juga sertai seminar kenali potensi diri anda sebenar yang banyak dijalankan di seluruh Malaysia. Dalam kelompok seminar berkaitan, anda akan diberikan cara untuk kenali potensi diri dan kenali kelemahan anda sendiri. Dengan cara itu, anda boleh bersedia dengan pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah yang timbul di kemudian hari.

Kenapa kenali potensi diri itu penting? Kerana ia merupakan lubuk rezeki jika kita tahu menggunakan dengan cara yang betul dan tepat. Contohnya anda dahulu kerja bank. Anda bosan sebab gaji sama macam tu aje. Kemudian anda berhenti kerja. Ada pula rakan ajak join niaga emas online. Anda berasa seronok. Lama kelamaan income anda berganda ganda. Rupa-rupanya anda baru sedar potensi diri anda yang pandai berniaga. Haa.. gitulah contohnya..

So, bagi anda yang belum tahu potensi diri anda yang sebenar.. cubalah lakukan cara-cara di atas.

Semoga anda berjaya menuju kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.