Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/04

Buah Bidara Dan Khasiatnya Dalam Kesihatan

Buah Bidara Dan Khasiatnya Dalam Kesihatan. Buah bidara selalu dengar dalam pantun, kali ni betul-betul ada orang jual buah bidara dalam group whatsapp, memang terkejut dari tidur.. haha, rupa buah bidara pun tak pernah nampak sebelum ni. Bila dia orang tunjuk, macam tak caya, serupa macam buah hutan yang selalu saya makan kat kampung ketika kecil dulu.

Pantun buah bidara,

Nasi lemak buah bidara..
Sayang selasih hamba lurutkan

Bagaimana bentuk dan rupa buah bidara? Buahnya memiliki pelbagai bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Ia mungkin berbentuk bujur, obovate, lonjong atau bulat, dan ada yang boleh mencecah sehingga 1-2.5 inci (2.5-6.25 cm) panjang, bergantung kepada jenis. Isinya putih dan rangup. Apabila mengkal sedikit, buahnya adalah berair dan mempunyai bau yang menyenangkan. Kulit buah Bidara adalah licin, berkilat, nipis tetapi padat. Bila tengok deskripsi buah bidara ni, ya lah.. macam pernah makan masa kecik dulu...
Buah Bidara Dan Khasiatnya Dalam Kesihatan
Buah Bidara Dan Khasiatnya Dalam Kesihatan
Pokoknya macam mana rupa? Ala.. pokok renek malar hijau atau pokok kecil berduri, dengan ketinggian sehingga 15 meter, dengan batang 40 cm atau lebih diameter; rimbunan daunnya merebak; duri stipular dan banyak dahan yang rendang. Macam gambar kat bawah ni..


Buah Bidara Dan Khasiatnya Dalam Kesihatan


Buah bidara masak pada masa yang berlainan walaupun di atas pokok tunggal yang sama. Buahnya mula-mula hijau, kuning ketika masak. Buah yang matang sepenuhnya bewarna merah, lembut, berair dengan kulit berkedut dan mempunyai aroma yang menyenangkan. Buah yang masak rasanya adalah manis dan masam. Kedua-dua tekstur isi dan rasa menyerupai epal. Apabila mengkal isinya putih dan rangup, berasid hingga separa berasid hingga rasa manis. Buah yang masak sepenuhnya adalah kurang rangup dan agak bertepung, buah terlebih masak adalah berkedut, isi bewarna krim, lembut, berspan dan hapak. Pada mulanya aroma seperti epal dan menyenangkan tetapi ia menjadi hapak apabila masak. Terdapat biji kasar ditengah keras, bujur atau lonjong yang mengandungi 2 biji benih bujur, coklat, 1/4 (6mm) panjang. Biji dia ada rupa biji buah avokado.

Jom kita baca pula khasiat buah bidara dalam kesihatan.

Buah bidara dan khasiatnya

1) Buahnya manis, menyejukkan, mampu melegakan kesakitan (Anodyne), pencahar (purgative), mampu atau cenderung melekat; mempunyai sifat pelekat (mucilaginous).

2) Buahnya dianggap tonik, menyejukkan dan melegakan kesakitan (Anodyne); untuk mendapat kesan ini pulpa diberi untuk demam.

Bijinya pun ada khasiat. 

1) Biji digunakan untuk merawat sakit perut semasa mengandung.

2) Bijinya kuat dan tajam (acrid), manis, astringen, mendorong mental keletihan dan tonic.

3) Abu dari biji bakar dicampur dengan minyak kelapa, disapu pada bahagian parut terbakar untuk menghilangkan parut.

Selain itu, daun pokok bidara pun ada manfaatnya. 

1) Daun dgunakan untuk merawat gonorea dan kepialu di kalangan kanak-kanak. Cecair yang diperbuat dari perahan rendaman daun dalam air diguna untuk merawat luka dan ulser.

2) Daun dianggap boleh mengeluarkan peluh (diaphoretic) dan menghalang demam (antipyretic) dan digunakan untuk merawat demam. Mengunyah daun membantu menghentikan pendarahan gusi.

3) Jus dari daun dititis ke mata untuk merawat konjunktivitis.

4) Kayu kering digunakan untuk mengasap rambut sebagai langkah menghapuskan kutu.

Buah Bidara
Itulah sebahagian khasiat buah dan pokok bidara dalam kesihatan. Untuk bacaan lanjut, anda boleh baca di Facebook dan juga blog-blog berkaitan rawatan perubatan islam yang banyak menggunakan buah bidara.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.