Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/07

Apakah Yang Perlu Dilakukan Ketika Berlaku Gerhana Bulan?

Apakah Yang Perlu Dilakukan Ketika Berlaku Gerhana Bulan? Subhanallah.. gerhana bulan itu salah satu bukti kebesaran Allah SWT. Gerhana Bulan dijangka berlaku pada 15hb. Zulkaedah 1438 bersamaan 8hb. Ogos 2017 (Selasa) mulai 1.22 pagi - 3.18 pagi. Bermakna ia waktu sesuai bertepatan bagi sesiapa yang ingin menunaikan silat sunat malam sekaligus menunaikan solat sunat gerhana bulan.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.” (H.R Muslim)
Solat Gerhana bulan

Bolehkah solat sunat gerhana bulan dilakukan bersendirian? Bilakah waktunya dilakukan solat tersebut? Adakah sewaktu kejadian atau sesudahnya?



Jawapannya.. tentu saja boleh. Solat sunat gerhana bulan boleh dilakukan secara berjamaah ataupun sendirian. Solat Sunat Khusuf (gerhana bulan) waktunya bermula ketika sedang berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan tamatnya gerhana itu. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.

Cara Solat Gerhana Bulan (Khusuf)


Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar).

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz.

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah.

6. Rukuk serta iktidal.

7. Membaca Surah Al-Fatihah.

8. Membaca mana-mana surah.

9. Rukuk serta iktidal.

10. Sujud.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud.

Rakaat kedua.

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz.

4. Membaca surah Al-Fatihah.

5. Membaca mana-mana surah.

6. Rukuk serta iktidal.

7. Membaca Surah Al-Fatihah.

8. Membaca mana-mana surah.

9. Rukuk serta iktidal.

10. Sujud.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud.

13. Membaca tasyahud akhir.

14. Memberi salam.

Diakhiri dengan Khutbah Solat Gerhana

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

 “Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
(H.R Bukhari )

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.