Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/14

Amalan Zikir Dan Doa Dengan Asmaul Husna Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Amalan Zikir Dan Doa Dengan Asmaul Husna Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan. Memang benar nama-nama Allah yang indah 99 semuanya yang juga dikenali sebagai asmaul husna mempunyai fadhilat dan kebaikannya tersendiri.

Sambil berzikir, kita juga sebenarnya menanamkan keyakinan yang dalam terhadap kekuasaan Allah SWT dalam menunaikan hajat kita. Tiada kuasa lain dalam dunia ini yang setanding dengan kuasa Allah. Tiada daya dan upaya kita terhadap sesuatu melainkan dengan izinNya jua.

Amalan Zikir Dan Doa Dengan Asmaul Husna Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan


Dalam surah al A'raf disebut kebaikan mengamalkan doa dengan nama-nama Allah yang indah....

Amalan Zikir Dan Doa Dengan Asmaul Husna Untuk Anak Menghadapi Peperiksaan

Itulah ayat dari al Quran yang menyeru kita, menyebut nama-nama Allah dalam doa dan zikir kita. Allah Maha memakbulkan doa kepada hambanya yang meminta.

Baiklah.

Saya kongsikan sebuah amalan yang boleh dilakukan oleh ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperikaan. Perkongsian daripada Ustazah Nurhafizah Musa, dalam sebuah program di Tg karang).


Kekuatan Asmaul husna


Bacalah zikir ini sepanjang anak-anaksedang exam ya..

Allahumma 1 kali
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40 kali
Bicara hati/ Bisik dalam hati
Bisik dalam hati, "Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik". 1 kali

Allahumma 1 kali
Ya zohir 40 kali
Bisik dalam hati, "Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anakku kerana Kau Maha Menampakkan..."  1 kali

Allahumma 1kali
Ya Fatah 40 kali
Bisik dalam hati, "Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul." 1 kali

Allahumma 1 kali
Ya Baari'. 40 kali
Bisik dalam hati, "Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik-baiknya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.." 1  kali.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam .. zikirlah. Bayangkan anak-anak sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak-anak ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya..

Mudah-mudahan perkongisan ini dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.