Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/02

Adab Basuh Beras Agar Lebih Berkat Kepada Pemakannya

Adab Basuh Beras Agar Lebih Berkat Kepada Pemakannya. Bagaimana agaknya cara anda basuh beras duhai ibu-ibu semua? Adakah anda basuh beras dan masak dengan cincai je? Sebagai umat islam, ada banyak cara mengikut sunnah yang boleh diamalkan seperti membaca Bismillah, berselawat dan sebagainya.

Basuh beras bukan boleh main campak-campak je, nak kena ada adab-adab yang boleh diikuti. Kalau tak mahu ikut tak mengapa, kerana ia terpulang kepada individu tersebut. Namun bagi saya, perkongsian ini banyak manfaatnya. Contohnya, saya selalu basuh beras guna tangan kiri sebab saya kidal tetapi rupanya itu tak bagus..

Adab Basuh Beras Agar Lebih Berkat Kepada Pemakannya


Adab Basuh Beras Agar Lebih Berkat Kepada Pemakannya

Adab basuh beras yang dikongsikan oleh pengguna Facebook dan saya siarkan semula di blog untuk manfaat bersama.

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh beras.
2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca "Laisa la ha min dunillahi kastyifah" ...
maksudnya... Tidak ada penyembuh selain dari Allah.
4. Boleh juga baca "Ya Latif " (3x)
5. Ulang basuh sebanyak 3 kali @ sehingga bersih.
6. Selawat.
7. Niatkan dlm hati supaya dilembutkan hati diri sendiri/pasangan dan anak-anak.

Wahai kaum hawa, adik kakak...ibu ibu ..masaklah makanan anda dengan berzikir, in shaa Allah akan membawa berkat kepada pemakannya.

Lagipun memasak dengan ikhlas untuk suami dan anak-anak akan meningkatkan darjat kita di sisi Allah SWT.

Waallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.