Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/08/27

7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan

7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan. Diuji kanan dan kiri, tetap tabah dan sabar. Dalam tenang airmata berlinang namun teguh menguatkan iman. Pujuk hati untuk bersabar tika diuji. Walau tak mampu tetap berusaha. Sehari dua, kita pasti tertanya-tanya. Mengapa aku yang harus menanggung semua ini. Apakah salah dan dosaku?

Kemudian...

Seminggu, sebulan berlalu.. kamu semakin kuat. Kerana apa? Kerana kamu tahu dan yakin bahawa yang memberikan semua itu, perancang terhebat yang menentukan takdirmu adalah DIA. Tuhan yang satu. Segala kebaikan datang darinya. Yang buruk datang dari kelemahan kita sendiri. Jadi, berserahlah kepadaNya. Mengakulah segala khilaf kita kepadaNya. Memohon ampunan atas segala dosa silam kita.

Bila Allah memberi ampunan... anda akan rasa. Hikmah dan barakahnya menular ke deria rasa. Ketenangan yang hakiki dapat dikecapi. Hati semakin redha. Masa telah mengajarkan, melupakan sakit hati dan dendam. Kembali kepada Allah bila ditimpa ujian agar kita dapat merasakan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua itu.


7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan


7 Hikmah Disebalik Ujian Yang Allah Turunkan


Tahukah anda apakah hikmah yang diperolehi jika kita diturunkan ujian oleh Allah SWT? Mari kita renung-renungkan antara 7 hikmah apabila menerima ujian dan musibah.

1. Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita

2. Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar

3. Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar

4. Allah hapuskan dosa-dosa kita

5. Allah sedarkan kita dan mahu mendengar rintihan kita yang semakin mendekatinya

6. Allah mahu berikan iktibar kepada orang lain

7. Tanda Allah sayangkan kita

Memang benar. Tanda Allah sayang kita Dia akan sentiasa berikan "hadiah" buat kita. Hadiah ada pelbagai bentuk, ada yang buat kita menangis dan ada pula yang membuatkan kita gembira. Renungkan semula 7 hikamh di atas bila Allah datangkan ujian. Samada yang sedih atau gembira, semuanya Allah akan gantikan. Yang lebih baik dan terbaik untuk hambaNya yang disayangi.

Coretan dan perkongsian 7 hikmah disebalik ujian yang Allah turunkan adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri agar berusaha untuk merenungi segala hikmah di sebalik ujian dan musibah.

Salam bahagia...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.