Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/23

Susah Ke Nak Mulakan Diet?

Susah Ke Nak Mulakan Diet? Diet adalah perkataan kritikal yang sering muncul dari mulut wanita terutamanya yang berbadan gempal atau besar. Orang lelaki ada juga sebut nak #diet tetapi biasanya kaum wanitalah yang fanatik nak kurus. Anda rasa betul tak apa yang saya tulis ni?

Sebabnya, saya sendiri pun begitu. Sibuk nak diet, nak slim semula macam zaman anak dara. Selalu sebut diet, beli majalah diet, makan supplement kurus dan tak kurang juga minum lemon suam setiap hari. Tapi perubahan tu lama sangat nak berlaku. Saya join Kelab Diet Malaysia, banyak yang saya baca dan tahu. Ramai yang dah turun berat badan berkilo-kilo.

 Ke Nak Mulakan Diet?

Bila dah tahu dan dapat ilmu yang betul serta sokongan dengan ahli kelab, saya makin bersemangat untuk turunkan berat badan secara berterusan. Ya! Memang betul. Kita kena berkawan dengan persekitaran yang betul dan dengan mereka yang mempunyai misi dan visi yang sama. Barulah kita boleh saling menyokong antara satu sama lain.

Susah Ke Nak Mulakan Diet?


Saya jawab, ya! Memang susah. Lebih lebih lagi kalau kita ni hantu makan. Maksudnya, makan banyak pun tak kenyang. Hantu lah tu yang makan.. hihi

Mana yang kerja kat pejabat jangan cakaplah. Dugaan amatlah mencabar jiwa dan iman. Masa kita istyhihar nak diet, masa nilah ramai yang offer makan free, belikan makanan kegemaran dan makan depan kita pujuk tak payah diet.

Mereka cakap, "Masa sihat ni makan lah apa yang nak dimakan. Nanti dah sakit tak boleh makan, barulah diet.. 😥😥😥!!" 

Susah kan, nak diet?

Ada kawan kata (yang berjaya diet), jangan percaya dengan janji manis mereka. Kita kekalkan niat nak diet sebab 2 perkara iaitu untuk sihat dan bahagia. Itu aje. Kesihatan lah yang penting. Kesihatan adalah harta kekayaan yang sebenarnya. Tak boleh dijual beli atau diganti dari mana-mana sumber di dunia ini.

Apa yang perlu dilakukan jika nak mula berdiet?

Persediaan untuk diet

1. Tekadkan niat dalam hati dan jiwa untuk berdiet
2. Cari info yang betul dan dari sumber yang sahih, contohnya daripada doktor, pakar pemakanan dan sebagainya.
3. Berkawan dengan orang yang mempunyai misi dan visi yang sama.
4. Tetapkan tempoh yang jelas untuk mencapai kejayaan.
5. Sanggup bersedia belanja untuk membeli makanan yang sesuai untuk dieymt anda
6. Sentiasa berfikir positif sepanjang tempoh berdiet
7. Sayangi diri anda lebih daripada orang lain.

Selamat berjaya kepada semua yang mempunyai cita-cita untuk berdiet macam saya. Dah mula belum? Jom mulakan sekarang!!

1 comment:

  1. Betul...bukan mudah nak diet...diri sendiri dan sokongan orang sekeliling sangat penting.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.