Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh 'Iddah?

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh 'iddah? Mesti ramai yang musykil macam saya bila timbul persoalan seperti tajuk post di atas. Saya pun tidak arif tentang ilmu kahwin cerai ni.

'Iddah bermaksud tempoh tertentu yang ditetapkan ke atas seorang wanita selepas diceraikan atau selepas kematian suami.
Untuk menghilangkan kemusykilan anda dan saya sendiri, jom baca penjelasan di bawah yang saya kumpulkan daripada beberapa sumber. Kalau nak lebih info, anda boleh tanya ustaz dan ustazah yang bertauliah disekitar anda.

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh 'Iddah?
Gambar hiasan

Siapakah Golongan Wanita Yang Diceraikan Tetapi Tidak Perlu Lalui Tempoh Iddah?


Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Setelah baca kisah seorang wanita di Facebook menyebabkan saya terfikir untuk berkongsi ilmu ini. Khas untuk wanita. Anda tidak perlu bersusah payah meredah lautan api untuk mencari ilmu kerana kini sudah banyak pusat penerangan dan madrasah yang sudi menyebarkan ilmu agama secara atas talian. Dan, percuma pulak tu...

Jom baca penjelasan daripada ustazah dan website islam.gov.my berkaitan wanita yang tidak perlu lalui tempoh eddah selepas diceraikan.

Golongan wanita yang tidak pernah disetubuhi selepas berkahwin tidak ada tempoh eddah baginya. Setelah wanita tersebut setuju diceraikan oleh suaminya, dia boleh kemana-mana dia suka, boleh berkahwin lain dan tidak perlu berkabung.

Faham ya?

Saya pun terkejut baca dalam facebook bila ada seorang wanita membuat luahan tentang dirinya yang telah diceraikan tetapi tiada tempoh eddah.

Lain-lain panduan tentang tempoh eddah yang dikenakan terhadap wanita yang diceraikan.. anda boleh rujuk terus ke website www.islam.gov.my.

Semoga bermanfaat.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.