Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/13

Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga

Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga. Dalam banyak-banyak resepi dalam koleksi aynorablogs, saya belum pernah kongsikan resepi nasi tomato? Betul tak? So.. untuk pembaca blog ini saya akan kongsikan resepi nasi tomato untuk panduan memasak bersama untuk keluarga tersayang. Anda boleh juga tengok koleksi resepi saya dalam KOLEKSI RESEPI. Ada banyak resepi yang boleh dicuba dan insyaa Allah.. semuanya telah saya cuba sekali sekala. Kalau nak hadap selalu resepi yang pelbagai setiap hari, mahu pengsan dibuatnya. Saya lebih suka masak simple pada hari biasa dan masak istimewa pada hujung minggu.
Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga
Gambar hiasan
Oh ya! Nasi tomato biasanya sedap dimakan dengan ayam masak merah. So, dibawah nanti ada resepi ayam masak merah sekali. Baru lah ngam!!😚😚 Resepi nasi tomato sedap ini saya kongsikan dan ubah suai sikit ikut citarasa kami, tetapi tetap salute dengan cara Azlita Masam Manis yang sedap nasi tomatonya. Cubalah!!


Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga


Resepi Nasi Tomato Sedap Untuk Keluarga
Gambar Nasi tomato sumber Azlita Masam Manis
Bahan-bahan untuk Nasi Tomato:

5 cawan beras - cuci dan toskan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

Bahan tumis;

3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara menyediakan Nasi Tomato Sedap


1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu..

2. Masukkan susu cair, tomato, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.

3. Masukkan beras & daun pandan/ daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak.

4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..

5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca

Bahan-bahan untuk Ayam Masak Merah


Ayam Masak merah sumber azlita masam manis
Bahan A

1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos cili
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
1 kiub ayam

Bahan B

15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
1 /2 inc lengkuas
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Bahan C ( rempah tumis 4 sekawan)


Kulit kayu manis
Biji pelaga
bunga lawang
cengkih

Cara masak Ayam Masak Merah


1. Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan rempah tumis hingga harum, kemudian tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum

4. Masukkan ayam, sos cili , bawang besar, kiub ayam, garam dan gula secukup rasa
5. Gaulkan sehingga sebati

6. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 

Selamat mencuba. Buat step by step apa yang di ajar seperti dalam resepi di atas. Pasti jadi.  Insyaa Allah. Sebenarnya saya ada cerita tentang nasi tomato.. sejarah yang dah lama.. buat nasi tomato tak jadi. haha.. sebab tu saya kata kalau kita ikut betul-betul, boleh jadi punya nasi tomato anda.

Siap sudah hidangan dan resepi Nasi Tomato yang sedap buat keluarga tercinta. Nasi tomato pun sedap dimakan dengan dalca dan atau makan begitu saja kerana perencahnya dah cukup dalam bahan-bahannya tadi.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.