Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

Jul 27, 2017

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki. Ada sesetengah orang tak tahan dengan simen menyebabkan tapak kaki merekah. Terutamanya pada tumit kaki. Rekahan ini bukan saja menyerang kaum wanita tetapi juga lelaki.

Apakah sebab atau punca sebenar tumit kaki merekah? Mari kita baca penjelasan tentangnya. Faktor-faktor yang menyebabkan tumit pecah-pecah adalah:

  • Berdiri terlalu lama, terutama pada lantai yang keras.
  • Kelebihan berat badan akan meningkatkan tekanan pada bantalan lemak normal di bawah tumit, dan menyebabkannya merebak
  • Kasut yang pada bahagian tumitnya terbuka, memungkinkan lemak di bawah tumit melebar tepi dan meningkatkan tekanan untuk retak.
  • Beberapa keadaan kesihatan seperti; predisposisi kulit kering, neuropati otonom, contohnya pada pesakit diabetes menyebabkan kurang berpeluh, tiroid menurunkan tingkat metabolisme tubuh dan pengurangan peluh, hal ini akan mengarah pada kekeringan di kulit terutamanya kaki.
  • Pesakit psoriasis dan eksim. 


Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki


Nak rawat tapak kaki atau tumit kaki merekah. Mudah saja. Jom amalkan petua tradisional yang mudah ini.

1.  Buah belimbing buluh juga boleh digunakan untuk merawat tumit pecah. Setiap kali waktu mandi, gosokkan buah tersebut pada tumit yang pecah. Biarkan seketika, gosokkan tumit pada kain untuk menghilangkan kulit kasarnya.

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki

2. Dapatkan beberapa helai daun sirih, ramas sehingga hancur dengan menggunakan sedikit air. Campur air ramasan sirih itu dengan sedikit gambir yang dihancurkan. Sapu pada tumit dua kali sehari. Lakukan sehingga nampak perubahannya.

Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki
Sirih dan gambir boleh merawat tumit pecah
3. Belah dan perah dua biji bawang merah sehingga keluar airnya. Sapukan ke tumit yang pecah. Ini cara yang murah dan mudah digunakan. Saya dah cuba dan berjaya. Cuma kena rajin sikit, buat dengan kerap.

4. Ambil beberapa butir nasi panas, lenyekkan dan tempel pada tumit yang pecah. Ulang beberapa kali sehingga tumit kembali elok.

5. Anda juga boleh cuba geselkan tumit pada batu sungai yang licin yang biasa digunakan orang zaman sekarang untuk hiasan landskap. Amalan ini memang telah diamalkan sejak dahulu lagi oleh nenek moyang kita dan terbukti berkesan.
Petua Hilangkan Rekahan Pada Tumit Kaki
Batu sungai untuk rawat tumit pecah
Semoga bermanfaat dan berguna untuk pembaca blog yang mengalami tumit pecah. Anda juga boleh baca petua-petua tradisional yang lain daripada menu PETUA di atas.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.