Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/09

Menguap Ketika Solat Adalah Gangguan Syaitan

Menguap Ketika Solat Adalah Gangguan Syaitan. Kalau boleh tahan, bertahanlah dan lawan rasa nak menguap dari terlepas. Pernah tak anda mengalami seperti apa yang saya alami? Nak mula angkat takbir, mula rasa mengantuk yang amat sangat. Terutamanya pada waktu solat subuh. Itulah waktunya syaitan mula mengacau kita. Bila nak khusyuk, ada je dikacaunya fikiran dan tumpuan kita kepada perkara yang kita lakukan seharian, ingat tentang kerja belum siap, teringat tengah masak, boleh terfikir pulak shopping beg tangan cantik kat instagram dan banyak lagi.

Tahanlah semangatmu jika rasa nak menguap. Lawan dengan istighfar dan kalimah Allahu Akbar. Insyaa Allah, hilanglah rasa mengantuk tersebut. Menguap perbuatan yang menjengkelkan. Terutama bila kita sedang solat, apatah solat subuh. Memang banyak betul gangguannya.

Menguap Ketika Solat Adalah Gangguan Syaitan


Menguap Ketika Solat Adalah Gangguan Syaitan
Gambar hiasan

Menguap ketika solat itu daripada syaitan.. Oleh itu, apabila kamu terasa ingin menguap, maka hendaklah berusaha menahannya.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Abu Hurairah r.a brkata, Rasulullah S.a.w brsabda;
"Apabila dikumandangkn azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut.. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi & jika iqamat dikumandangkan, ia brlari.. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi.. Ia akn selalu brsama orang yang solat seraya berkata kepadanya 'Ingatlah apa yang tadinya kamu tidak ingat!', sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat dia solat"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.a.w telah brsabda:
"Jika salah seorang dari kamu solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai dia tidak tahu berapa rakaat yang dia telah kerjakan.. Apabila salah seorang dari kamu mengalami hal itu, hendaklah dia sujud 2 kali (sujud sahwi)"
(Hadis Riwayat Bukhari h Muslim)

Menguap dan bersin adalah dua perkara yang berbeza. Menguap menjadikan kita rasa malas, mengantuk dan tidak khusyuk dalam pekerjaan kita terutamanya solat. Sebab itu, jika nak menguap tutup mulut ditakuti semakin banyak syaitan yang masuk ke mulut. Sebutlah "Astagfirullahal adziim... ", lintang pukang syaitan lari. Kalau dalam pejabat atau dalam kelas, bila rasa nak menguap, tutuplah muka atau buat sembunyi-sembunyi. Sebab menguap suka berjangkit... kita menguap, kawan yang kat sebelah boleh ikut menguap selepas itu.. tak caya? Cubalah uji kat kawan sebelah kamu.. hihi

Selamat mengerjakan ibadah harian anda. Samada ibadat wajib atau sunat.. lakukan dengan khusyuk dan tekun. Allah bersama orang yang sabar.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.