Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/01

Ikan Siakap Masam Manis Pembuka Selera

Ikan Siakap Masam Manis Pembuka Selera. Raya dah nak habis berjalan ke.. atau anda masih tak boleh move on sebab raya kan sebulan.. ya dak? Tak kisahlah raya nak penuh atau anda dah tak ada mood, yang penting resepi tetap dikongsi. Haha.. resepi biasa aje tetapi dimasak dengan luar biasa, penuh kasih dan sayang..

Dalam peti sejuk ada baki ikan siakap yang belum dimasak, jadi saya pun sediakan bahan untuk masak masam manis. Bahan-bahannya mudah aje, dan penyediaannya pun cepat. Haaa.. kalau nak hilangkan bau hanyir ikan siakap atau apa ikan sekalipun, boleh lumur ikan dengan tepung sebelum dicuci bersih. Atau perap dengan kunyit dan garam lama sikit sebelum digoreng. Insyaa Allah, bau hanyir ikan akan hilang.

Ikan Siakap Masam Manis Pembuka Selera

Resepi Siakap Masam Manis Pembuka Selera


Bahan-bahan:

Ikan siakap secukupnya - saya guna 2 ekor, bersihkan, lumur dengan garam dan kunyit

Siakap Masam Manis Pembuka Selera

1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia - dihiris serong dan kecil
5 batang cili hidup
1 keping asam keping
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
Garam secukupnya
Air masak

Siakap Masam Manis Pembuka Selera

Cara menyediakan siakap masam manis yang sedap


1. Goreng ikan siakap hingga garing. Ketepikan.

2. Tumiskan bahan hiris seperti bawang merah, bawang putih, halia, cili hidup hingga naik bau.

3. Masukkan sos cili dan sos tomato. Kacau rata. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya.

4. Kalau pekat sangat, tambahkan air ikut ukuran sendiri. Kalau nak kuah agak cair, letak lebih air.

5. Perisakan. Ikut citarasa masam dan manisnya.

6. Curahkan kuah sos masam manis tadi ke atas ikan siakap.

7. Ok, siakap masam manis siap untuk dihidangkan. Makan dengan putih pun sedap.

Selamat mencuba. Ikan siakap masam manis boleh juga ditaburkan dengan daun ketumbar di atasnya, jika suka.                                        

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.