Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/02

Doa Untuk Melindungi Keluarga Dan Harta Benda

Doa Untuk Melindungi Keluarga Dan Harta Benda. Sebagai seorang muslim yang percaya kepada qada dan qadar Allah, kita perlu bersedia dengan mental dan fizikal yang kuat bagi menghadapi sebarang dugaan yang didatangkan, yang dalam kemampuan kita. Salah satu cara terapi diri bila berhadapan dengan dugaan adalah dengan berdoa kepada Allah. Ingatlah sahabatku, doa boleh mengubah takdir, dengan izin Allah jua.


Adab-adab berdoa;


1. Berdoa dengan ikhlas kerana Allah SWT
2. Memulakan doa dengan memuji Allah SWT kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
3. Doa diakhiri dengan pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
4. Berdoa dengan penuh khusyuk dan merendah diri
5. Berdoa dengan mengharapkan Allah SWT akan mengabulkan doa
6. Bertawakkal dengan sebenar-benar tawakkal selepas berdoa
7. Berdoa pada setiap masa susah ataupun senang
8. Mengangkat kedua-dua belah tangan apabila berdoa
9. Menghadap ke arah kiblat semasa berdoa
10. Mengaminkan doa selepas selesai berdoa

Doa Untuk Melindungi Keluarga Dan Harta Benda


Doa Untuk Melindungi Keluarga Dan Harta Benda


Maksudnya:

"Ya Allah Tuhan Kami, Engkau Tuhan, tiada Tuhan melainkan Engkau. Kepada Engkaulah Kami bertawakkal dan Engkaulah Tuhan Arasy yang Maha Besar. Sesuatu yang dikehendaki Allah pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki Allah pasti tidak akan berlaku. Tiada daya dan upaya dan tiada sebarang kekuatan yang dapat menjayakan dan menggagalkan sesuatu selain Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Kami mengetahui sesungguhnya Allah amat berkuasa. Dan sesungguhnya Allah meliputi pengetahuannya pada tiap-tiap sesuatu. Ya Allah Tuhan Kami, sesungguhnya kami memohon perlindungan Engkau daripada kejahatan/keburukan pada diri kami, dan daripada tiap-tiap makhluk yang melata. Engkaulah yang mengawasi segala gerak gerinya. Sesungguhnya Tuhan Kami atas jalan yang benar."

Keluarga adalah orang yang kita sayangi. Amalkan doa di atas agar keluarga dilindungi dari anasir jahat dan gangguan syaitan yang suka menghancurkan kebahagiaan manusia.

Semoga kita semua dalam perlindungan Allah Azzawajalla.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.