Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/29

Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7

Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7. Dah tahu cara nak tuntut wang anda atau waris di Jabatan Akauntan Negara? Kalau dah tahu, anda mesti bersiap sedia dengan dokumen yang diperlukan seperti Kad Pengenalan (IC) dan Borang UMA-7. Nak tahu cara isi borang UMA-7, boleh tengok contoh caranya di bawah.

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN TUNTUTAN WTD


TUNTUTAN OLEH INDIVIDU

1. Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
2. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/ pasport pemohon bagi bukan warganegara.
3. Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
4. Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan jika dokumen asal tiada.
5. Salinan muka hadapan buku akaun/ penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun ).

Nota:

Bagi Tuntutan WTD untuk Akaun Bersama (Joint Account) yang mempunyai syarat operasi tandatangan bersama:
** Tuntutan hendaklah dibuat secara bersama oleh semua pemegang akaun.
** Salinan muka hadapan buku akaun bersama (joint account) yang aktif serta disahkan oleh pihak bank tersebut (bayaran dikreditkan terus ke dalam akaun.)

Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7


Anda boleh lihat print screen di bawah bagaimana caranya mengisi borang WTD UMA-7.

Sila klik pada gambar untuk besarkan...
Contoh Cara Mengisi Borang Wang Tak Dituntut UMA-7

Semoga perkongsian cara mengisi borang UMA-7 membantu anda mengisi maklumat yang diperlukan. Jika waris yang memohon atau menuntut WTD, kena bawa borang waris juga.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.