Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/07

Cara Mendapatka Laporan Kredit CCRIS Daripada Bank Negara Malaysia

Cara Mendapatka Laporan Kredit CCRIS Daripada Bank Negara Malaysia. Prosedur Mendapatkan Laporan Kredit (CCRIS) boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah di bawah. Sebelum itu, ada sebab tertentu mengapa kita termasuk dalam senarai CCRIS. Selain tidak membayar hutang dengan tepat waktu, menjadi penjamin pinjaman orang lain juga boleh menyebabkan kita sangkut dalam semakan CCRIS.

Oh ya, CCRIS adalah singkatan kepada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang dikendalikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Ianya merekodkan semua hutang yang dimiliki oleh seseorang dan rekod bayaran balik yang dibuat.

Namun ada juga yang salah faham jika nama mereka disenaraikan dalam CCRIS, maka nama mereka disenarai hitam dan menyebabkan mereka dihalang daripada ke luar negara serta tidak boleh membuat pinjaman bank.

Tapi CCRIS tidak menimbulkan halangan, selagi orang ramai membayar hutang dimiliki mengikut jadual. Apa yang penting, peminjam hanya perlu membayar balik sebarang pinjaman dimiliki secara konsisten, supaya CCRIS tidak merekodkan nama mereka dengan prestasi buruk itu.

Ini kerana CCRIS mengumpul dan menyimpan semua data berkaitan kredit atau hutang, milik individu atau syarikat dengan bank serta institusi lain, termasuk rekod bayaran balik selama 12 bulan sebelum dirujuk semua institusi terbabit, setiap kali orang ramai membuat permohonan pinjaman baharu.

Gambar hiasan

Namun jika seseorang yang ingin ke luar negara tetapi berdepan halangan kerana masalah hutang atau diisytiharkan bankrap, boleh mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Yang penting bayar hutang ikut tempoh ditetapkan, jangan culas bayar hutang. Memang lah nama sangkut kat CCRIS.

Cara Mendapatka Laporan Kredit CCRIS Daripada Bank Negara Malaysia


(1) Bagi pemohon yang berada di Johor, laporan kredit boleh diperolehi di alamat berikut:- 

Bank Negara Malaysia Pejabat Wilayah Johor Bahru 
Jalan Bukit Timbalan 
80000 Johor Bahru Johor 
Telefon: 07- 225 7888 
Faksimile: 07-225 7892 
BNMTELELINK: 1-300-88-5465 

Bank Negara Malaysia Pejabat Wilayah Johor Bahru beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum, dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari). 

Pemohon dinasihatkan supaya membawa MyKad atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia) dan dokumen sokongan lain (seperti lesen memandu dan sebagainya) yang boleh mengesahkan identiti pemohon. Pemohon akan diberikan laporan kredit semasa kunjungan tersebut. 

(2) Pemohon yang tinggal jauh dari Johor Bahru boleh memohon laporan kredit dengan melengkapkan dan menghantar kepada kami borang permohonan laporan kredit berserta dokumen berikut: 

1. Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR); 
2. Borang Pengisytiharan Pinjaman; (borang boleh dimuat turun daripada http://creditbureau.bnm.gov.my) 
3. Satu salinan MyKad yang jelas (depan dan belakang) / pasport (bagi bukan warganegara Malaysia); dan 
4. Mana-mana dua dokumen sokongan lain berikut (dengan nama dan alamat pemohon tertera dengan jelas pada setiap salinan): 

  • Lesen memandu; 
  • Bil seperti bil air, bil elektrik, bil telefon, bil ASTRO, dan lain-lain 
  • Penyata akaun bank; 
  • Penyata kad kredit; atau 
  • Penyata KWSP. 

Sila hantar melalui pos atau faks borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan ke alamat berikut:

BNMTELELINK 
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia 
Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur 
Faks: 03-2174 1515 

Nota penting:

Sila ambil perhatian pemohon yang berkunjung terus ke BNM Johor Bahru akan memperoleh laporan kredit dengan segera. Walau bagaimanapun, tempoh antara dua hingga empat minggu diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima melalui pos/faks memandangkan laporan tersebut akan dihantar ke institusi kewangan yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon untuk diambil.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.