Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/10

Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan

Siapakah Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan? Beliau seorang wanita genit yang tegas. Begitulah persepsi pertama saya ketika melihat lakonannya dalam sebuah filem berjodol Syurga Yang Tak Dirindukan. Ia sebuah filem diterbitkan tahun 2015 dan pada tahun ini meletup di Malaysia kerana sambungan filem tersebut di tayangkan di Malaysia. Dapat saya tonton filem tersebut di Astro yang jadi pemegang copyright di Malaysia.

Syurga Yang Tak Dirindukan sedih kisahnya. Dengan lagu OsT yang mendayu..😢😢😢 asyik berderai airmata bila menonton filem itu.

Baca sinopsis SYURGA YANG TAK DIRINDUKAN 2 

Biodata Laudya Cinta Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan
Gambar sumber Google

Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan


Nama sebenarnya adalah Laudya Cynthia Bella. Lahir di Bandung, 24 Februari 1988; umur 29 tahun (2017), adalah aktris dan penyanyi berdarah Jawa berkebangsaan Indonesia. Bella berzodiak Pisces. Bella merupakan anak bungsu dari 4 adik beradik.

Tarikh Lahir: Februari 24, 1988 (umur 29), Bandung, Indonesia
Tinggi: 5′ 3″
Pencalonan: Citra Award for Best Leading Actress, dan banyak lagi
Anugerah: Indonesian Movie Actors Award for Favorite Actress
Rancangan TV: Kesetiaan Cinta
Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan
Akaun twitter Laudya Cynthia Bella
Laudya memulakan kerjaya sebagai model dan bintang iklan, sebelum akhirnya berkecimpung di dunia lakonan. Bella pernah terpilih sebagai finalis majalah Kawanku pada tahun 2002, namun namanya mulai popular ketika berlakon sebagai Biyan di filem Virgin. Melalui filem Virgin ini pulalah, Bella yang belajar lakonan dari Eka D. Sitorus, pengasuh Sakti Acting School Jakarta. Ia terpilih sebagai salah satu pencalonan watak utama wanita terbaik Festival Film Indonesia 2005. Bella juga dinobatkan sebagai Aktris Terpuji pada Festival Film Bandung 2005. Bella pernah membintangi filem antara lain Virgin, Berbagi Suami, Lentera Merah, Bukan Bintang Biasa, Love, Di Bawah Lindungan Ka'bah, Belenggu, Haji Backpacker, dan Assalamualaikum Beijing. Drama bersiri berjudul Juragan Jengkol berhasil membawanya sebagai aktris paling popular versi SCTV Awards 2006.
Biodata Laudya Cynthia Bella Teraju Utama Syurga Yang Tak Dirindukan
Antara filem yang mempopularkan nama
Laudya Cynthia Bella
Saya meminati Laudya Cynthia Bella sebagaimana sebelumnya saya juga minat dengan pelakon Oki Setiana Dewi. Kedua-dua pelakon ini asalnya tidak berhijab namun, berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik. Sepanjang saya mencari dari Google.., kedua-dua tokoh ini begitu menjaga adab dan pergaulan mereka. 

Setakat artikel ini ditulis, Laudya Cynthia Bella masih single, dan ada beberapa nama yang pernah dikaitkan dengannya. Namun sang empunya nama masih berdiam diri ketika ditanya soal jodohnya. 
 

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.