Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/21

Biar Dia Pilih Balasan Hari Akhiratnya...

Biar Dia Pilih Balasan Hari Akhiratnya... | Duhai wanita yang sedang lelah, letih berhiba di sebalik purdah. Kamu tak salah bila disakiti. Kamu tak buruk bila disisihkan lelaki itu. Tahukah wanita? Allah sayangkan kamu, sebab itu Dia tarik dan jauhkan kejahatan lelaki itu dari hidupmu. Sedihnya membaca kisahmu. Sebegitu rupa kamu dizalimi perasaannya. Kejamnya lelaki itu memijak-mijak maruahmu...

Ada ketika tak tertahan airmata membaca kisahmu. Kisah dan ceritera wanita abad ini. Mereka diabaikan sewenang-wenangnya. Ingatlah wanita.. ada kala kita kena beralah. Ada masanya kita mesti menang. Menang demi sebuah maruah dan hati yang tak henti-henti dizalimi.

Biar Dia Pilih Balasan Hari Akhiratnya...


Biar Dia Pilih Hari Akhiratnya...

Wanita...

Bila hatimu telah tawar. Melihat 'kematiannya' pun kamu dah tak endah. Habis sudah airmata. Lelah dah habis kontang dalam rasamu.

Lalu kamu berserah, Allah lah penentu oerjalanan takdir ini.

"Biar dia pilih balasan hari akhiratnya dan kamu jangan mencontohinya. Dia lupa saat dia melafaz akan akad nikah itu bukan sahaja syarat di dunia akan tetapi membuat perjanjian berbai'at dengan Allah untuk amanah melaksanakan tangungjawab sebagai suami.

Duhai wanita yang tabah..

Sesunguhnya manusia itu akan di balas atas pilihan nya dan kehendak nya semasa ia hidup di sana nanti. Kamu teruskan dengan berdoa berserah redha. Allah sntiasa ada bersama hamba yang berserah pada nya. Allah maha mengetahui. Jadi jangan bimbang, buat lah kebaikan dan rebut lah peluang menjadi isteri yang soleha kerana peluang untuk kita menjadi ahli syurga itu saat kita hidup di bumi, bukan setelah kita mati.

Sabar lah, kuatkan iman. Jika kamu merasa Allah menguji mu dengan seribu kedukaan, ketahuilah ia nya terkandung sejuta kebaikan.

Wanita Terindah...

Jika Allah menguji mu dengan kebahagiaan, ketahui lah ia nya terkandung nikmat kesyukuran. Hanya dia yang akan membuat mu berduka dan hanya dia lah membuat mu bahagia.

Lahtahzan innallah ma'annah

Ujian dan dugaan mendatangi kita dalam dua jalan. Satu dengan kesusahan, kedua dengan kemewahan. Kedua duanya terkandung kebaikan. Tiada yang buruk datang dariNya, segala yang baik datang dariNya.

Jadi berserah lah pada nya sesungguh nya. Allah maha mengetahui maha pemurah lagi maha penyayang

Insya Allah. wallahu'alam

1 comment:

  1. Tangan yang membuai, boleh mengoncang dunia. Itulah perupamaan yang selalu kita dengan berkaitan wanita.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.