Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/07/15

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hasiib

Berdoa Dengan Asmaul Husnaa | Al-Hasiib. Al- Hasiib maksudnya Dialah DZat yang mencukupi dan memperhitungkan segala hal yang telah diciptakannya dengan amat teliti.

Allah Maha Teliti dalam setiap hisabnya kepada segala yang diciptakan.

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Hasiib
Al Hasiibu asmaul husna

Sesungguhnya Dia-lah Allah, Tuhan yang memiliki kebesaran dan kekuatan dalam menyempurnakan permohonan hambanya. Jadi, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh agar Allah berasa belas dan kasihan akan kita, akan ketidakupayaan kita..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan asmaul husnaa | Al-Hasiib 


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Hasiibu = 777 kali


Ertinya : Dialah Dzat yang mencukupi dan memperhitungkan segala hal yang diciptakan dengan amat teliti. Maha Membuat Perhitungan / Yang Menghisab atau Menghitung / Maha Mengira – Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan urusan seseorang sepanjang hayat, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh hamba-hambaNya pada hari Qiamat.

a) Banyakkan membaca "Yaa Hasiibu" sebanyak 777 kali agar dapat mengukuhkan jawatan kita dalam pekerjaan.

Caranya, baca sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit dan setiap petang selepas solat Maghrib. Insyaa Allah, Tuhan akan mengujuhkan kedudukan kita dalam jabatan tanpa gangguan sesiapa.

b) Untuk mengekal dan memajukan perniagaan, amalkan zikir ‘Ya Hasiib’ sebanyak-banyaknya selepas solat Dhuha, InsyaAllah akan memperteguhkan perniagaan yang diusahakan tanpa masalah besar.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.