Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah. Subhanallah.. tadi pagi usai solat subuh, saya terbaca tazkirah pendek tentang orang kaya yang miskin. Orang kaya yang banyak harta benda, tetapi sebenarnya mereka miskin pada pandangan Allah. Mereka fakir pada pandangan Allah.

Kenapa kita miskin walaupun kaya raya? Cuba tengok macam mana reaksi kita bila nampak peminta sedekah atau pengemis? Kasihan? Benci? Meluat?? Mata tengok, mulut berkata? Hulur dengan manis muka atau hulur dengan muka masam? Check lah diri kita...

Ada seorang kawan saya, sangat merendah diri orangnya. Dia malu jika orang tahu dia bersedekah. Dia kalau boleh sorok-sorok kalau nak memberi. Jadi, saya tanya.. apakah rahsianya dia sentiasa tenang dan jadi begitu rendah diri. Rahsianya... dia akan mencari orang susah untuk diberi sedekah setiap hari agar dia tahu bahawa ada orang lebih susah darinya agar dia tidak bongkak dan sombong kepada orang lain. Kuncinya adalah dengan bersedekah itu dia tahu bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah

Sebenarnya Kita Perlukan Orang Miskin Untuk Masuk Syurga Allah


Duhai Sahabat saudaraku...

Saidina Ali menangis takut penghinaan Allah sebab dalam tempoh seminggu itu, tidak ada seorang pun yang datang minta sedekah dari dia.. Kalau kita mungkin rasa sebaliknya kut.. hihi..

Allah bagi gelaran Khalilullah (kekasih Allah) pada Nabi Ibrahim sebab baginda suka bagi makan orang miskin dan solat ketika orang lain sedang tidur nyenyak.. Rasulullah S.a.w pun dah bagitahu kunci Syurga adalah mencintai orang-orang miskin..

So, dalam konteks ni, KITA LAH YANG SEBENARNYA PENGEMIS! Tak payah nak berlagak sangat kalau kaya raya, duit banyak sebab hakikatnya kita yang sebenarnya pengemis.. Kita perlukan orang-orang miskin dan orang yang perlukan bantuan untuk kita masuk Syurga Allah..

Kerana...
Kalau kita kaya tetapi kekayaan itu buat kita lalai, kerana kekayaan itu menyebabkan dosa kita bertambah, harta kekayaan tersebut menyebabkan kita berlagak lupa bumi dipijak.. macan mana kita nak masuk syurga? Kerana kekayaan itu.. kita tidak bersedekah pun.. mana nak datang berkahnya kaya dan wang ringgit kita?

Itulah sebabnya kita digalakkan berkawan dengan orang-orang miskin agar kita tahu ke mana nak digunakan harta kekayaan kita agar dapat memberikan manfaat kepada kehidupan kita selepas mati nanti.

Kalau kita sendiri tak mampu, bukan bermakna kita tak dapat bantu mereka. Kita temukan mereka yang memerlukan dengan orang yang nak bagi bantuan, itu pun dah di kira satu bentuk bantuan dari kita..

Wallahu A'lam

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.